Turunkan 2kg Berat Badan dalam Seminggu Tanpa Sebarang Senaman

50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

Adakah anda percaya yang anda boleh turunkan berat badan anda sekurang-kurangnya 2 kg dalam masa satu minggu. Dan sekiranya anda betul-betul mengamalkannya, anda boleh dapat keputusan lebih daripada itu. Teknik ini bukanlah satu perkara yang asing di negara luar. Sudah ramai yang mengamalkan teknik ini dan ia terbukti berkesan.

Seperti yang katakan ia bukanlah satu perkara yang asing. Jika dahulu, anda mungkin tahu pakar pemakanan kini banyak menekankan aspek kalori defisit di mana kalori yang anda ambil mestilah lebih rendah daripada kalori yang terbakar. Kali ini sistem ini kurang diguna pakai terutama oleh atlet-atlet bina badan yang mengutamakan kecantikan tubuh dan menitik beratkan soal pemakanan.

Kaedah ini digelar diet rendah karbohidrat

Konsepnya mudah sahaja, anda hanya perlu singkirkan segala sumber karbohidrat dalam diet anda kepada serendah yang mungkin. Jika dalam diet harian kita memerlukan nasi, kini anda perlu menolak nasi dan digantikan dengan sumber makanan yang lain. Sumber yang terbaik ialah sumber protein, seperti dada ayam, putih telur, dan sebagainya. Anda juga seboleh-boleh mengelakkan sumber fruktos iaitu buah-buahan yang kaya dengan fruktos kerana ia juga sejenis gula yang boleh membentuk lemak. Suka minum air-air yang manis? Kini sekiranya anda ingin mengurangkan kandungan karbohidrat atau gula dalam badan anda, anda perlu kurangkan minum air manis dan gantikannya dengan air kurang gula. Jangan risau kerana banyak produk minuman rendah gula 0 kalori berada di pasaran. Cuma anda sedikit bermasalah sekiranya anda makan di kedai-kedai mamak. Jika anda sering order teh ais, kini anda perlu order teh o ais untuk mengurangkan kadar gula tersebut.

Kajian menunjukkan kandungan gula yang tinggi di dalam darah sekiranya tidak diserap oleh tisu-tisu sebagai tenaga, ia akan disimpan menjadi lemak. Apabila kandungan lemak menjadi tinggi maka dengan mudahlah ia terbentuk di bahagian-bahagian yang tidak diingini. Anda merasakan diet ini sangat menyusahkan? Jangan risau, anda masih boleh memakan segala bentuk makanan yang anda mahukan pada hari tertentu yang dinamakan ‘cheat day’.

Apa itu ‘cheat day’?

‘Cheat day’ ialah hari dimana anda dibenarkan memakan apa saja bentuk makanan yang anda inginkan tetapi ia hanya dibenarkan seminggu sekali sahaja selepas anda mengamalkan diet yang ‘kurang seronok’ tetapi efektif. Hari tersebut membantu anda konsisten dalam meneruskan diet anda selama seminggu. Anda boleh menetapkan mana-mana hari dalam seminggu untuk dijadikan ‘cheat day’ dan selalunya hari sabtu atau ahad merupakan hari terbaik untuk anda makan sesuka hati tanpa sedikit rasa risau.

Berat anda bertambah dengan mendadak pada hari ‘cheat day’? Jangan risau kerana ia hanya kekal selama 24 hingga 48 jam sahaja. Kemudian, berat anda akan kembali kepada normal semula. Diet jenis ini merupakan diet yang berkesan yang pernah saya amalkan untuk mengurangkan berat badan 2 hingga 3 kg dalam masa seminggu. Sekiranya anda jenis yang obes, anda dapat kurangkan hingga 5 kg dalam masa seminggu sekiranya anda betul-betul ikut dengan diet yang diamalkan.

Tetapi sekiranya anda merasakan diet ini sukar, jangan terlalu mendesak. Anda boleh kurangkan secara perlahan-lahan sepanjang minggu. Mengambil saya sebagai contoh, saya hanya menukarkan nasi sahaja kepada bentuk makanan yang lain tetapi masih makan seperti biasa dan kemudian saya tukarkan sumber-sumber karbohidrat sedikit demi sedikit.

Masih tidak boleh juga? Mulakan ia dengan sarapan yang kaya dengan protein dahulu. Sekiranya anda sudah biasa, anda boleh tukarkan diet anda pada makan tengah hari, petang dan malam. Dan pada hari minggu, makanlah sebanyak mana yang anda inginkan tetapi cuba untuk lakukan sedikit latihan angkat berat sebelum anda memulakan aktiviti buas anda itu.

Konsep yang sama digunakan oleh pakar-pakar pemakanan. Anda pernah dengar ‘Atkins diet’ atau ‘Dukan diet’? Konsepnya masih sama iaitu mengamalkan pemakanan rendah karbohidrat dengan sedikit perubahan dari bentuk pemakanan yang tinggi protein.

Hasilnya? Menakjubkan! Cubalah untuk mengetahui hasilnya. Apa pendapat anda tentang bentuk diet jenis ini? Anda boleh ajukan di bahagian komen di bawah.

Baca seterusnya: Optimumkan Pembuangan Lemak dengan Kitaran Karbohidrat

P/s: Teknik rendah karbohidrat yang saya sarankan ini tidaklah setepat itu. Sekiranya anda ingin menggunakan teknik rendah karbohidrat dengan selamat dan berkesan dapatkan Panduan Teknik Efektif Diet.

Ada Masalah Berat Badan? Tonton di Bawah

  • Proper format "name@something.com"

47 thoughts on “Turunkan 2kg Berat Badan dalam Seminggu Tanpa Sebarang Senaman

  1. Pingback: 10 Teknik Efektif Mendapatkan Six Pack Abs

  2. hana

    biasanya saya akan rasa badan lemau kalau berat menghampiri atau melebihi 45kg…
    jadi, bila rasa macam tu, saya akan berjogging selama 10-30 minit pada petang hari.
    setelah mengamalkan selama 3 hari, badan saya akan jadi lebih segar.
    dan ternyata, berat saya boleh turun 1-3 kg dengan hanya berjogging selama 3 hari… ^^

    Reply
      1. MMHazim Saif

        biasanye saye mulakan sarapan pagi saye dengan makan makanan yang di bakar…..seperti roti bakar….dan makan tengah hari saye makan..minum minuman protein…petang saye makan roti bakar atau kuih dan saye lakukan exercise ….malam saye x makan …bolehkah saye turun kan 2 atau 3 kg dalam seminggu….harap balas …tq :D

        Reply
  3. badariah rahmad

    saya telah mencuba diet atkins..dan berjaya menurunkan berat badan ..dari 56.8 ke 48kg dalam masa 2 minggu..sekarang saya benar2 gembira dengan berat badan sekarang..target saya ada lah 44kg..sesuai dengan ketinggian saya 149.

    Reply
    1. Hidayat Shariff Post author

      satu pencapaian yang hebat! tahniah diucapkan buat saudari. adakah saudari masih lagi mengamalkan atkins diet tersebut?

      Reply
    2. Radedoo

      hye.bole tlg bg tau apa menu yg diamalkan spanjang proses diet ini?penurunan berat yg mengagumkan sy!tlh ae.tq

      Reply
  4. badariah rahmad

    buat masa sekarang..saya tidak lagi mengamalkan diet atknis..sekarang saya berdiet secara sihat..cuma saya menghadkan karbohidrat dalam menu saya..biasanya sarapan pagi saya akan mengambil susu rendah lemak dan oat..pada tenghari pula saya akan mengambil sup , sayur or makanan yang dibakar..pada mlm pula saya akan mengambil buah2an..

    Reply
  5. lyn

    assalamualaikum.. tinggi sy 166cm berat adalah 70kg.sy sering digelar gemuk hgga mmbuatkn sy berazam fokus utk diet.skrg setiap waktu petang setiap hari except jumaat sy ke gym.dan apa yg saya mkn adalah supplement susu protein pagi dn malam.dn waktu tengahari sy amalkan makan ikan kukus sahaja.apakah diet ini sihat? kerana target sy dlm masa 2-3bulan utk turunkan dlm 15kg..dlm masa 2hari berat sy kini 67kg.

    Reply
  6. Fyn

    Salam..
    Berat sya 51kg..
    Sya akn mnyrtai TKD Fighting Tournament dlm msa 2 minggu ni..
    Tp, brt sya t’lbh 5kg m”ikut kategori yg d’twrkn (46kg)..
    Apa yg patut sya lakukan utk cpai kategori 46kg?

    Reply
  7. saharuddin

    salam.
    tuan/puan
    bagaimana sy nk mulakan diet ini,sumber mknan yg mcmna sy nk kena ambl….
    sarapan,mkn thgri and mlm…cuma disebut protein keliru lah…mnta jasa baik list mknan yg sepatutnya.

    Reply
  8. Cyda_890

    salam,,sy nak trunkn berat bdn sy kpd brt yg dlu..dan sy nak kurus kn paha sye,,mcm mne ye…sy da diet dgn mkn pgi(tpi bkn nsi) n skip lunch n dinner,,problemnyer ,,berat bdn ta trun2,,

    Reply
    1. Anonymous

      biasanya, cik cyda tidak boleh skip pemakanan. ini kerana ia hanya akan menurunkan kadar metabolisme cik cyda sendiri. kontrol kalori cik cyda dan lakukan sedikit exercise. dengan exercise cik cyda tidak perlu limitkan pemakanan cik cyda.

      Reply
  9. Lyea

    salam,…

    akak dah mengamalkan diet atkins ni selama 2 bulan dan alhamdulilah dah turun dekat 11kg. so siapa2 yang berminat nk turunkan berat badan …boleh la cuba diet ni… dijamin….

    Reply
  10. Annur Syifa'

    Assalam….
    diet saya ialah tak tinggalkan waktu makan.Breakfast,lunch & dinner msti mkn. tp, mkn dlm kuantiti yg sdrhana dn mckpi kmpln zat mknn yg diprlukan.Alhamdulillah dah anak 4 pun msh maintain 47kg dgn ktnggian 149cm.

    Reply
  11. hjYahya

    Assalamualaikum wbt..
    Excited nak cuba,insyaAllah lepas Raya saya akan cuba diet Atkin ni.
    Sedang mengumpulkan maklumat ttg diet atkin.Saya sangat tertarik dengan idea ‘cheat day’ -1 day in a week.So, tak la rasa stress sangat nak bawa family keluar makan-once in a week.

    Reply
  12. sumayyah nadhirah

    okey benda ni mmg betul…sebb maya pernah buat dulu..menjadi…kalau lapar sgt minum air kosong byk….(cume sekarang kene diet blk almaklumlah musim raye…hehhe)

    Reply
  13. Hazim

    sy baru mengamalkan diet ini dan dapatkah sy mengurangkan lagi berat badan dengan hanya berlari setempat selama 30 minit tidak berterusan/6×5 minit 2 kali sehari..

    Reply
  14. Borhaniabubakar

    Sebulan sebelum bersara saya kena kencing manis…paras gula tinggi dan didaftar sebagai pesakit diabetes(buku hijau).Saya mematuhi amalan makanan ,kurangkan pengambilan nasi dan gula dan perlu senaman joging setiap hari.Lebih kurang 3 bulan , berat badan saya kurang 7 kg . Yang jelas saya menjauhi makanan kegemaran saya(kue pau,bubur kacang dan sup ekor) dan saya jogging dari 1 km hingga 3 atau 4 km setiap hari. Sakit sendi , ghout dan paras gula kembali antaraa 5 – 6 . Motivasi diri penting dari segi makanan dan melakukan riadah setiap hari. Sebelum bersara saya tidak pernah melakukan semua ini .

    Reply
  15. Edna_wywy

    saya tgh mencuba utk melakukan tips ini,dan sekrg,saa ingin bertanya, mcm mana nak hlangkan perut buncit dengan cepat? harp di jwb.tq.

    Reply
  16. Fahizam73

    hmm…bagus la tips ni..adakah mknn lengkap protein, kabohidrat dan sayur/buah perlu pd tiap hidangan utama iaitu pagi, tghari, malam?

    Reply
  17. DanishIman789

    seelok-eloknya nasi kita harus ganti dgn apa utk dptkan hasil yg cpt? roti ok ke? atau just minum jus buah je?

    Reply
  18. Wmrazin

    Good article. Thanks lot. Dah amalkan kaedah ini sejak 6 minggu lepas. Amazing Result. 96 kg – 80 kg (Size 38 to 34). Feel very good today, Alhamdulillah. Cheating Day – that’ VERY REAL. I had 2 ‘cheating days’ masa Raya Haji baru ni. LET’S TRY

    Reply
  19. Kaiyisah2008

    assalammualaikum…..saya baru mula diet atkins pd 27.11.2011 (sudah 5 hari) belum timbang lagi tapi badan rasa lebih ringan.
    saya amalkan minum susu oat+soya setiap kali sarapan + lunch+mkn mlm……saya akn tambah minum oat tanpa gula bila masih rasa lapar lagi di antara waktu lunch dan dinner.
    saya minum air kosong 3.5liter sehari coz berat badan saya 82kg ketinggian 168cm…..
    setiap 2 jam di opis, saya akn melompat bintang sbyk 30 kali…..then seboleh2nyer lepas solah saya akn buat sit up 30 kali..setiap malam saya sauna selama 20 minit……

    saya memang terpaksa TEGAR dan berdisplin sebab dah letih dengan badan yg besar ni….saya target turun hingga 60kg.insyaallah tahun depan bulan april saya dpt slim balik,sebab masa tu baby saya dah pun setahun!

    Reply
  20. Nurasma85

    saya dah search pasal atkins diet, tapi tak berape faham..boleh terangkan makanan boleh dan tak boleh utk atkins diet? t.kasih

    Reply
  21. mas

    saya pernah cuba diet ni,,tapi saya tak de la buat yang amalan hujung minggu nak makan apa yang saya suka,,,,saya stop makan nasi sahaja,,,amat berkesan,,tapi saya amal sebulan ja,,fantastikkk keputusan nya,,,dah lama tinggal,,ni saya nak buat balik,,badan dah mula mengembang,,,satu pos yang menarikkk

    Reply
  22. Ezznadhea_2011

    sangt bagus n berkesan untuk lemak2 degil yang telah cuba dibuang dengan pelbagai cara n ubat-ubatan…saya berjaya menurunkan 6 kg selama 3 mggu….dan masih berpeluang mkn sepuasnya pada hari ahad..”my cheat day”.. sebelumnya saya telah mncuba herbalife…fibre max tapi lgsg xberkesan…p stlah mendisiplin diri dengan “diet rendah karbo” saya berjaya!!

    Reply
  23. Anginpilu

    satu laman yg bagus, sy sudah mencuba ternyata berkesan,.. hari emi hari berat badan smakin susut tetapi tidak menyesakkan diri.. hasilnya kelihatan anggun dan mendapat perhatian rakan-rakan.:)

    Reply
  24. aquariusgurl

    hi..tq kpd kalian smua trutamanya pada admin .kerana berkongsi pendapat mengenai usaha anda utk mcapai penurunan berat badan yang anda inginkan. saya seperti kalian semua,ingin menurukn berat badan.dr 83 kg,kini 75 kg dlm tmpoh 30/08/12-22/09/12 rasa seronok dan puas hati.

    Reply
  25. maria

    hi…saya dah cuba bermacam2 jenis diet….tapi sekrg saya nk cuba plak diet atkins ni…kalau saya berjaya turun kan berat saya (75kg) sekrg kerna diet ini….saya akan post kan pic saya ok!!!!

    Reply
  26. zura

    sy tgh mencuba diet nii sambil mengambil alpha lipid sd2..kesan sgt cepatt.baju2 dan seluar sume dah longgar!blum timbang lagii.nk kasi puas hati baru timbang.hahah.berat skang 60kg..nk trun ke 54-53kg.

    Reply
  27. Lulu:)

    Bagus lr diet ne:) saya akan cuba. berat badan saya meningkat disebabkan stress menghadapi peperiksaan yang besar. dlu berat saya 50-52 kg je tpi skrg dh 58 dgn ketinggian 165cm.

    Reply
  28. wafa

    sye penah diet 3 bulan,,sebulan pertama mkn nasi sekali sehari lain2 mkn oat,,bln 2 n 3 xmkn nasi,,,,alhamdulillah consisten dgn joging sye turun 15 kg,,tp sekrg naik blk,,n sye cube nk try blk,,, :)

    Reply
  29. siti

    Berat badan saya 110 kg.macam2 prduck sy dah guna tp x brkesan….sy nak cb la diet Atkins. mana th berksn pulak…

    Reply

Leave a Reply