10 Tips Untuk Mendapatkan Kulit Yang Cantik Tanpa Jerawat

50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

Jerawat selalunya muncul di muka, leher, dada dan juga di belakang bahu di mana kalenjar minyak banyak dihasilkan. Anda boleh mengelakkan jerawat daripada berlaku sekiranya anda mengikut tips-tips yang diberikan. Baca apa yang boleh anda lakukan dan apa yang tidak.

1. Jangan cuci muka anda dengan berlebihan.

Kulit yang kotor tidak menyebabkan munculnya jerawat. Pembasuhan muka yang terlalu kerap dan agak kasar akan menyebabkan muka anda menjadi mudah luka dan sensitif. Malah boleh menyebabkan jerawat anda menjadi lebih parah lagi. Sama juga dengan skrubs dan juga sabun yang mempunyai kandungan kimia yang kasar. Sebaiknya, basuh muka terutama di tempat yang banyak jerawat 2 kali sehari dengan sabun yang sesuai dan juga air yang bersih.

2. Pilih sabun yang  bebas minyak.

Sabun bebas minyak tidak akan tidak akan menyebabkan liang muka anda tersumbat atau menyebabkan bintik hitam, jerawat mahupun bintik putih. Pilih produk yang mempunyai label “oil-free”, “nonacnegenic” atau “non-comedogenic”. Cuci muka anda dengan jari-jari anda.

3. Jangan takut untuk makan makanan kegemaran anda.

Ianya merupakan mitos di mana makanan yang berminyak dan juga cokelat menyebabkan jerawat. Jerawat berlaku apabila liang-liang muka tersumbat dengan minyak, sel-sel kulit dan juga bakteria yang menyebabkan keradangan. Sekiranya terdapat jenis-jenis makanan yang menyebabkan mudahnya pertumbuhan jerawat cuba elakkan makan makanan tersebut. Tetapi anda tidak perlu menolak pizza dan juga cokelat untuk mendapatkan kulit yang cantik.

4. Minum banyak air.

Minum air suam dengan banyak membolehkan kulit anda sentiasa dihidrasikan. Juga makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayuran yang kaya dengan vitamin A dan juga vitamin E. 2 vitamin yang telah diketahui memberikan kebaikan pada kulit anda. Sayuran-sayuran hijau dan berdaun seperti sawi dan juga brokoli adalah kaya dengan vitamin E. Vitamin A pula boleh dijumpai di dalam buah-buahan dan sayuran yang berwarna seperti lobak, buah pic dan sebagainya.

5. Jangan gunakan kosmetik yang berlebihan.

Terutamanya kosmetik yang banyak berasaskan minyak, elakkan. Macam mana nak kenal pasti? Ikut panduan mudah ini. Kosmetik yang berkrim biasanya akan menyebabkan liang kulit tersumbat. Kosmetik yang berasaskan mineral biasanya ringan dan seperti bedak berkemungkinan lebih rendah untuk menyebabkan liang kulit tersumbat. Sebelum dan selepas anda ‘make-up’ pastikan anda membasuh muka anda.

6. Jangan biarkan diri anda berjemur di bawah terik matahari.

Ianya merupakan mitos yang berjemur atau tanning mampu membersihkan muka anda. Secara faktanya sinar UV mampu menyebabkan kulit anda berisiko untuk mendapat kanser, penuaan pramatang dan juga berkedut. Dan juga terdapat produk jerawat seperti retinoid topikal menyebabkan kulit anda menjadi lebih sensitif selepas anda menjemur diri anda.

 7. Gunakan ‘Sunscreen’ bebas-minyak

Gunakan ‘sunscreen’ atau pelembab yang mempunyai ‘sun protection factor’ (SPF) 15 ataupun lebih tinggi yang menyediakan perlindungan meluas daripada sinaran ultraviolet (UV A) dan juga UV B. Cari produk yang dilabelkan ‘non-comedogenic’ yang tidak menyumbatkan liang kulit. Pakai pada setiap 2 jam.

8. Pastikan rambut  tidak menutupi bahagian muka anda.

Sekiranya rambut anda panjang, pastikan rambut anda diikat supaya ia tidak menjadikan jerawat lebih anda lebih teruk terutama pada waktu siang. Ingat rambut juga mempunyai minyak yang juga boleh menyumbat liang kulit muka anda. Walaupun anda tidak menggunakan apa-apa produk rambut.

9. Jangan sentuh muka anda.

Sentuh atau meraba muka anda menyebabkan jerawat anda menjadi lebih teruk. Berpeluh juga sama, pastikan anda membasuh muka anda selepas anda berpeluh.

10. Jangan picit jerawat anda!

Sekiranya anda melakukannya ianya bukan sahaja membuat ia bertambah teruk malah ia boleh meninggalkan parut. Cuba tahan apabila anda mula nampak jerawat anda mula tumbuh. Terdapat alat yang boleh anda memicit jerawat tersebut. Itu pun selepas jerawat tersebut sudah masak. Di mana anda boleh lihat jerawat anda kekuningan.

P/s: Untuk cara sempurna untuk menghilangkan jerawat, dapatkan panduan menghilangkan jerawat dari Dr Hasseenah sekarang.

 

20% off of all Hosting Plans at GoDaddy!

Leave a Reply