13 Tips Terbaik Untuk Berhenti Merokok

$1.99/Mo. for 3 month of Economy Hosting at GoDaddy.com

 

1. Tahu Kenapa Anda Ingin Berhenti Merokok

Anda ingin berhenti merokok tetapi atas sebab apa? “Sebab rokok tidak menyihatkan” bukanlah satu alasan yang betul-betul kukuh untuk anda berhenti merokok. Untuk mendapatkan motivasi, anda memerlukan sebab yang sangat kuat dan kukuh untuk berhenti. Mungkin anda ingin melindungi keluarga anda daripada bahaya merokok. Atau mungkin akibat merokok yang antaranya menyebabkan penyakit kanser paru-paru memberikan anda kesedaran untuk berhenti merokok. Atau anda ingin nampak lebih muda dan sihat. Pastikan anda tahu apakah alasan sebenar untuk anda berhenti merokok.

2. Tidak perlu berhenti secara mendadak

Pada awalnya anda pasti bersemangat untuk berhenti terus tanpa menyentuh langsung batang rokok tersebut. Tetapi ia bukanlah perkara yang mudah dilakukan. 95% individu yang cuba untuk berhenti merokok kembali ke tabiat lama semula selepas beberapa ketika berhenti merokok. Puncanya adalah kerana nikotin membolehkan seseorang itu ketagih. Otak sudah terbiasa mendapatkan nikotin dan memerlukannya. Apabila nikotin tiba-tiba tiada simptom-simptom disebabkan ketiadaan nikotin akan berlaku.

3. Cuba Terapi Nikotin- Gantian

Apabila anda berhenti merokok secara mendadak, simptom ketiadaan nikotin akan menyebabkan anda berasa tertekan, resah dan mudah marah. Terapi nikotin-gantian mampu mengurangkan perasaan-perasaan tersebut. Kajian telah menunjukkan gula-gula getah nikotin, tampalan nikotin mampu meningkatkan peratus untuk anda berhenti merokok dengan jayanya apabila digabungkan dengan program tingkah laku secara intensif. Tetapi menggunakan produk ini ketika merokok sangatlah tidak digalakkan.

4. Bertanyakan tentang pil preskripsi

Untuk mengurangkan simptom ketiadaan nikotin tanpa menggunakan produk yang mempunyai nikotin, tanyakan pada doktor tentang ubat yang berkaitan yang mampu menolong anda untuk berhenti merokok. Terdapat pil-pil yang mampu mengurangkan dengan memberi kesan terhadap bahan kimia di dalam otak. Ia juga akan menyebabkan merokok itu tidak menyeronokkan untuk anda. Ubat lain ada juga membantu untuk anda mengatasi simptom ketiadaan, seperti tekanan dan juga tidak upaya untuk fokus.

5. Jangan berseorangan dalam menghadapi masalah ini.

Beritahu rakan, keluarga dan rakan sekerja anda yang anda sedang berusaha untuk berhenti merokok. Sokongan dari mereka mampu menggerakkan anda lebih jauh untuk melakukan perubahan. Anda mungkin boleh sertai kumpulan sokongan atau bercakap dengan kaunselor. Terapi tingkah laku antara jenis kaunseling yang membantu anda mengenal pasti dan mengekalkan strategi untuk anda berhenti merokok. Seperti yang telah saya katakan tadi, kombinasi terapi tingkah laku dan juga terapi nikotin-gantian mampu meningkatkan kejayaan anda untuk berhenti merokok.

6. Kawal tekanan anda.

Salah satu sebab mengapa seseorang mula merokok adalah kerana ia membantu mereka untuk relaks. Apabila anda berhenti, anda memerlukan alternatif lain untuk mengatasi stres anda. Cuba lakukan aktiviti yang dapat merehatkan minda seperti berurut, spa, dengar lagu-lagu yang relaks ataupun anda boleh mempelajari yoga mahupun tai chi. Kalau boleh cuba elakkan dari situasi yang membawa kepada tekanan beberapa minggu selepas anda berhenti merokok.

7. Elakkan alkohol, dan faktor pencetus yang lain.

Terdapat aktiviti yang boleh meningkatkan rasa ingin merokok. Alkohol adalah antara faktor pencetus yang utama dalam hal ini. Sekiranya anda minum alkohol (kepada yang bukan beragama Islam)  cuba untuk kurangkan aktiviti minum anda sekiranya anda berazam kuat untuk berhenti merokok. Sekiranya kopi adalah pencetusnya, cuba tukarkan kepada teh untuk beberapa minggu. Dan sekiranya anda sering merokok selepas makan, cuba lakukan perkara lain, seperti mengunyah gula-gula getah atau memberus gigi.

8. Bersihkan rumah

Selepas anda merokok, pastikan anda buang sisa-sisa mangkuk rokok dan juga ‘lighter’. Basuh semua baju yang berbau rokok dan bersihkan karpet rumah anda. Gunakan semburan seperti ‘febreeze’ untuk membuang bau-bau rokok tersebut. Anda tidak boleh melihat dan juga menghidu apa-apa yang mengingatkan anda kepada merokok.

9. Cuba dan cuba lagi.

Ia sangatlah biasa sekiranya anda kembali kepada tabiat lama beberapa kali. Ramai perokok mencuba beberapa kali sebelum membuang rokok untuk kebaikan. Ketahui keadaan dan emosi anda yang menjadi punca kepada kembalinya anda kepada tabiat lama. Gunakan peluang ini untuk meyakinkan diri anda untuk memberikan komitmen berhenti merokok. Selepas anda telah membuat keputusan untuk mencuba berhenti merokok sekali lagi, letakkan tarikh berhenti merokok pada bulan berikutnya.

10. Bersukan dan bersukan.

Apa yang saya minat mengenai senaman ini adalah apabila anda meletakkan komitmen untuk bersukan, anda akan merasakan diri anda untuk berhenti merokok. Contohnya sekiranya anda berada di gym, untuk mendapatkan bentuk badan yang menarik, banyak perkara yang perlu dikorbankan dan antaranya ialah tabiat merokok. Ia sekaligus membantu anda berhenti merokok tanpa anda sedari.

11. Pilih ‘Reward’ anda.

Selain banyak faedah kesihatan yang lain, apa yang membantu untuk anda berhenti merokok adalah berapa banya duit yang anda telah berjaya simpan daripada membeli rokok. Gunakan sebahagian daripadanya untuk kejayaan diri anda sendiri.

12. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tidak perlu berdiet pada masa yang sama cuba untuk berhenti merokok. Terlalu banyak matlamat memusnahkan diri anda. Fokuskan dalam memenuhkan menu buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet anda. Kajian Universiti Duke mendapati, jenis makanan sebegini menyebabkan rasa rokok itu menjadi tidak menyenangkan.

13. Berhenti untuk kesihatan anda.

Merokok menjadi faktor risiko yang banyak terhadap pelbagai masalah kesihatan termasuk kencing manis dan juga darah tinggi. Berhenti merokok mampu merendahkan tekanan darah anda dan juga mengurangkan denyutan nadi selepas 20 minit. Dalam sehari, taraf karbon monoksida dalam darah anda akan kembali normal. Dalam 2 minggu hingga 3 bulan, risiko serangan penyakit jantung menurun dan paru-paru anda berfungsi dengan lebih normal. Jangka panjang, risiko penyakit jantung, serangan angin ahmar , kanser paru-paru akan semakin menurun sama seperti individu sihat yang lain.

Mari kita sama-sama memulakan kempen berhenti merokok untuk kesejahteraan keluarga dan masyarakat.

 

50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

Leave a Reply

  1. Pingback: 5 Faktor Risiko Penyebab berlakunya Penyakit Jantung

  2. menurut pengalaman pribadi saya, awal mula seseorang merokok itu bukan karena ‘NIKMAT’.. ketika sesorang perokok masih kecil dan belum pernah mencoba rokok, apakah mereka tau kalau rokok itu enak? padahal, setelah seorang perokok di masa kecil mencoba rokok pertamanya, tentu TIDAK ADA RASA enak sama sekali yang diberikan oleh rokok itu. Jadi, apa yang membuat seseorang jadi perokok?? menurut saya “Kebiasaan Masyarakat / sering disebut PERGAULAN”.
    jadi, sebaiknya anggaplah bahwa kegiatan merokok itu merupakan kegiatan yang ‘Wah’, anggap merokok itu sejajar dengan meminum ekstasi / Miras.
    dengan demikian perlahan akan membuat kegiatan merokok itu di lakukan secara sembunyi dan jauh dari anak kecil, dan itu akan sangat membantu bagi generasi di bawah kita.
    mungkin banyak perokok yang sudah tidak berhenti, tapi masih mungkinkan kalau kalian mengurangi jumlah rokok anda dalam sehari? (kurangi sampai dengan 0). dan jangan merokok di depan anak anda / anak kecil.

    Cobalah sampai anda bisa berhenti merokok.. lalu beritahu saya tentang cara mutakhir yang berhasil anda lakukan..