Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



Gastrectomy Untuk Kuruskan Badan
Written by admin   

Soalan : Saya gadis berumur 23 tahun dan menderita lebih berat badan. Saya berhajat melakuan pembedahan untuk menjadikan perut saya lebih kecil dan mengubah laluannya terus kepada usus saya (gastrectomy). Ia pembedahan yang besar dan banyak kesan buruk seperti pembedahan lain. Soalan saya adalah, apakah mengubah laluan perut untuk mengelakkan makanan diserap oleh badan dikira mengubah ciptaan ALLAH ke atas saya? Adakah saya dibenarkan melakukan prosedur ini?

Jawapan :

Segala puji bagi ALLAH.

Adalah dibenarkan untuk melakukan pembedahan mengikat perut (menjadikannya kecil seperti meletak ikatan atau lekatan) atau mengurangkan saiznya dan menghubungkanya kepada usus kecil dengan alasan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia tidak dikira mengubah ciptaan ALLAH, kerana ia perlu atas tujuan rawatan perubatan. Namun, ianya juga bergantung kepada keadaan di mana difikirkan tiada akibat buruk ataupun bahaya teruk disebabkan pembedahan itu. Seseorang perlu merujuk kepada doktor yang amanah dan dipercayai, kerana pembedahan sebegini mempunyai kesan sampingan.

Adalah lebih baik dan disyorkan untuk menggunakan method diet, dengan nasihat dari pakar. Jika ia tidak berhasil, maka anda boleh mengambil langkah mengikat perut atau mengubah haluan makanan selagi mana anda pasti bahawa prosedur tersebut bebas dari bahaya dan kesan sampingan yang negatif.

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber : diterjemah dan disunting dari http://www.islamqa.com

 
Hukum Membesarkan Payudara
Written by admin   

"Soalan : Saya ada soalan berkenaan pembedahan kosmetik. Ketika kecil, saya ada masalah kesihatan yang menyebabkan ketidakseimbangan hormon. Hasilnya, payudara saya tidak membesar. Semua kakak dan sepupu saya mempunyai payudara yang normal, tapi saya cuma mempunyai payudara seperti budak kecil, bukannya seorang wanita. Jika saya tiada masalah kesihatan ini, payudara saya sepatutnya normal. Adakah dibenarkan untuk saya menjalani pembedahan kosmetik untuk membaiki bentuk dan saiz payudara saya supaya kelihatan normal? Perlu dinyatakan bahawa saya tidak merasa seperti seorang wanita kerana payudara saya dan ia menyebabkan tekanan emosi."

Dijawab oleh Sheikh `Abd al-Rahmân al-Jar`î, Professor di King Khâlid University, Abhâ

Jika payudara seorang wanita bukan semulajadi menjadi kecil dan tidak normal saiznya, kerana ketidakseimbangan hormon, dia boleh menjalani pembedahan kosmetik untuk membesarkan payudara selagi mana pembedahan itu tidak terdedah kepada bahaya demi kesihatannya. Hal ini perlu dipastikan dengan pakar perubatan yang berwibawa sebelum dia membuat sebarang keputusan.

Pembedahan sebegitu hanya diizinkan jika ia dilakukan sebagai rawatan perubatan untuk memulihkan keadaan kesihatan dan mengembalikan payudara kepada saiz asalnya.

Pembesaran payudara tidak harus dilakukan untuk meningkatkan kecantikan semata-mata apatah lagi ia mengubah ciptaan ALLAH lantaran mengikut tanggapan jahil tentang kecantikan.

Dalam hal ini, ia pastinya tidak diizinkan oleh ALLAH. ALLAH berfirman:

“Yang dilaknati ALLAH dan syaitan itu mengatakan: “Aku benar-benar akan mengambil dari hamba-hamba ENGKAU bahagian yang sudah ditentukan (untuk aku).  Dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan ALLAH), lalu benar-benar mereka mengubahnya”. Barangsiapa yang menjadikan syaitan pelindung selain ALLAH, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata.”

[Sûrah al-Nisâ’: 118-119]

Barangsiapa yang terlibat dalam pembedahan kosmetik untuk tujuan kecantikan semata-mata juga tergolong dalam celaan sebagaimana hadith riwayat Ibn Mas`ud r.a. di mana dia mendengar Rasul ALLAH s.a.w. mencela perempuan yang mencabut bulu kening dan sesiapa yang menjarakkan gigi atas alasan mengejar kecantikan. Merekalah yang mengubah ciptaan ALLAH.

[Hadith riwayat al-Bukhârî & Muslim]

Dan ALLAH mengetahui yang terbaik.

Sumber: dialihbahasa dari Arkib Fatwa,  http://islamtoday.com

 
Keluasan Fiqh Untuk Pelajar & Pengamal Perubatan
Written by admin   

Berikut adalah sedutan dari artikel Tegas Berakidah, Luas Dalam Fekah oleh mantan Mufti Perlis, Dr. Mohd Asri Zainul Abidin. Moga menjadi panduan & manfaat buat semua.

Di sana, saya dalam banyak ucapan menceritakan kepada mereka tentang dua perkara yang penting. Pertama, kejelasan dan ketegasan Islam dalam perkara-perkara akidah. Kedua; keluasan dan kemudahan yang diperuntukkan oleh Islam dalam soal fekah.

Read more...
 
Derma Tubuh Jadi Cadaver?
Written by admin   

Soalan : Apa hukumnya mendermakan seluruh tubuh untuk kajian sains? Contohnya cadaver untuk medical students?

 Dijawab oleh Abul Harith,

 Mendermakan tubuh badan untuk kajian sains atau cadaver adalah tidak dibenarkan Islam. Ini kerana jasad orang Islam adalah dimuliakan.

Hadith Ar-Rasul s.a.w. menyebut,

“Mematahkan tulang mayat seperti mematahkannya dalam keadaan hidup.”

[Ad-Darqutniy/ 2986]

Read more...