
Login Form
| Gastrectomy Untuk Kuruskan Badan |
| Written by admin |
Jawapan : Segala puji bagi ALLAH. Adalah dibenarkan untuk melakukan pembedahan mengikat perut (menjadikannya kecil seperti meletak ikatan atau lekatan) atau mengurangkan saiznya dan menghubungkanya kepada usus kecil dengan alasan mengurangkan berat badan yang berlebihan. Ia tidak dikira mengubah ciptaan ALLAH, kerana ia perlu atas tujuan rawatan perubatan. Namun, ianya juga bergantung kepada keadaan di mana difikirkan tiada akibat buruk ataupun bahaya teruk disebabkan pembedahan itu. Seseorang perlu merujuk kepada doktor yang amanah dan dipercayai, kerana pembedahan sebegini mempunyai kesan sampingan. Adalah lebih baik dan disyorkan untuk menggunakan method diet, dengan nasihat dari pakar. Jika ia tidak berhasil, maka anda boleh mengambil langkah mengikat perut atau mengubah haluan makanan selagi mana anda pasti bahawa prosedur tersebut bebas dari bahaya dan kesan sampingan yang negatif. Dan ALLAH mengetahui yang terbaik. Sumber : diterjemah dan disunting dari http://www.islamqa.com |