
Login Form
| Hukum Memberi Makan Binatang Dengan Binatang |
| Written by admin |
|
Admin ada bertanya kepada Ustaz Wanji tentang persoalan saudara Riezone: "rata2 ramai yg dah mengetahui lintah makin popular dimalaysia, saamda penternakan ataupun dari sudut berbekam... Jawapan Ustaz: Tidak ada nas yang melarang memberi makan binatang dengan binatang. Selagi tidak ada nas yang melarang, maka hukumnya adalah harus. Kita boleh mengambil analogi seperti memancing ikan menggunakan cacing. Cacing juga adalah binatang. Jadi, dibolehkan menggunakan binatang untuk memberi makan binatang. Mungkin ada yang mempertikaikan, disebabkan kita menggunakan "BENDA HIDUP", tapi, kita perlu ingat, tumbuhan juga benda hidup. Itulah yang difahami oleh mereka yang tidak makan daging(vegetarian) dalam agama mereka. Mereka lupa bahawa pokok pokok juga mempunyai nyawa. Jadi, jika kita kasihan dengan binatang yang dimakan, kenapa kita tidak kasihan dengan pokok dan tumbuhan yang kita makan? Itulah hujahnya. Sekian. Diharap dapat menjawab persoalan. Jom Tanya Ustaz!! |