Tag Archives: rakansukan

Bagaimana Membina Komuniti Sukan Kegemaran Anda

Kadangkala apabila melakukan senaman dan senaman berseorangan, ia hanya memberikan motivasi untuk jangka masa pendek dan dan bersifat sementara.

Sebab itu kita memerlukan tekanan daripada luar untuk memastikan kita konsisten untuk bersukan.  Dan salah satu caranya adalah dengan mendapatkan rakan yang mempunyai minat yang sama.

Dan apa yang lebih menyihatkan adalah dengan membina komuniti tentang sukan yang kita minat. Dan terdapat juga sukan-sukan yang kita minat tetapi tidak mempunyai komuniti kerana sukan tersebut tidak begitu popular.

Apabila kita mempunyai komuniti yang kuat terhadap sukan tertentu, sudah pasti ia akan menjadi lebih seronok dan anda akan memberikan lebih komitmen terhadap sukan tersebut.

Terdapat banyak laman komuniti yang hanya fokus terhadap satu-satu sukan sahaja. Dan saya yakin minat anda tidak terhad terhadap satu sukan sahaja.

Laman rakansukan.com adalah laman komuniti yang mampu memenuhi minat anda terhadap sukan. Terdapat banyak kegunaan yang boleh digunakan dalam laman tersebut. Di sana anda boleh menyertai aktiviti-aktiviti sukan yang anda gemari malah anda juga boleh membina aktiviti sukan yang anda minati. Ia juga memudahkan untuj anda bergaul dengan rakan-rakan online yang lain yang turut mempunyai minat yang sama.

Sekiranya anda mempunyai pengalaman yang luas terhadap satu-satu sukan, anda juga boleh memberikan khidmat ‘coaching’ kepada mereka yang baru ingin menceburi bidang sukan tersebut.

Untuk menyertainya adalah sangat mudah kerana anda hanya memerlukan akaun facebook atau twitter untuk mendaftar. Sertai sekarang dan anda berpeluang memenangi Ipad 2 setiap bulan!

Sertai rakansukan.com dan mula membina komuniti sukan yang anda gemari!