Tag Archives: pendarahan otak

Simptom, Gejala, dan Diagnosis Penyakit Stroke

1.Apakah itu stroke?

Stroke adalah satu situasi di mana otak mengalami pendarahan disebabkan saluran darah yang telah pecah. Juga disebabkan terdapat bekuan di saluran darah yang menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak. Ini akan menyebabkan sel-sel tisu otak mati sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

2.Simptom-simptom atau gejala stroke

  1. Badan menjadi lemah, dan kebas secara tiba-tiba
  2. Pandangan menjadi kabur sama ada sebelah atau kedua-dua belah secara tiba-tiba
  3. Sakit kepala yang melampau
  4. Pening-pening, bermasalah dalam berjalan dan tidak stabil
  5. Kesukaran bercakap, dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
  6. Hilang ingatan.

3.Teknik untuk menguji sama ada seseorang mengalami stroke. Bercakap, Lambai dan Senyum

  • Bila diminta untuk senyum, cuba lihat sama ada sebelah daripada bahagian muka jatuh atau tidak.
  • Bila diminta untuk mengangkat kedua-dua belah tangan adakah salah satu tangan tersebut akan jatuh dengan perlahan?
  • Tanya sama ada mereka boleh ulang ayat yang kita sebut. Cuba lihat sama ada terdapat masalah dalam percakapan.

Kritikal! Telefon ambulan dengan serta merta sekiranya anda nampak tanda-tanda ini!

4.Stroke: Masa= Kerosakan Tisu Otak

Sel-sel otak merupakan organ yang paling banyak memerlukan oksigen. Sekiranya oksigen tidak disalurkan ke tisu-tisu otak. Sel-sel otak akan mati dengan cepat dan ini merupakan salah satu faktor utama pesakit-pesakit menjadi lumpuh dan tidak mampu melakukan apa-apa.

5.Diagnosis Stroke

Sebelum sampai di bahagian Kecemasan hospital, perkara pertama yang akan dilakukan adalah
dengan mengenal pasti jenis stroke yang dihadapi oleh pesakit. Terdapat dua jenis strok dan ia
tidak di rawat dengan cara yang sama. CT scan akan membantu doktor untuk mengenal pasti simptom yang berlaku sama ada disebabkan pendarahan ataupun salur darah yang tersumbat.

6.Ischaemic Stroke

Strok yang paling kerap berlaku adalah ischaemic strok. hampir 9/10 pesakit jatuh dalam kategori ini. Penjahatnya ialah darah beku yang menyumbat salur darah di dalam otak. Darah beku mungkin terbentuk serta merta ataupun ia terbentuk di tempat lain.

7.Stroke Berdarah

Kurang kerap berlaku tapi peratus kematian disebabkan strok berdarah adalah tinggi. Maka berhati-hati dengan stroke jenis ini. Ia berlaku disebabkan saluran darah yang menjadi lemah dan pendarahan di dalam otak sukar untuk berhenti.

8.Stroke Mini: Transient Ischaemic Attack

TIA atau transient ischaemic attack boleh dikatakan sebagai warning yang kita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat strok berdarah mahupun ischaemic. Maka bila anda mahupun keluarga mengalami situasi di mana muka terherot dan pengsan yang sementara tanpa melibatkan lumpuh anggota, anda harus kawal darah tinggi anda. Situasi ini berlaku apabila aliran darah berhenti sementara di otak dan pada beberapa ketika aliran darah kembali mengalir di otak.

Baca artikel seterusnya: Punca dan Rawatan Penyakit Stroke: Bahagian 2

Baca artikel-artikel di bawah untuk lebih memahami setiap faktor risiko penyakit stroke.

  1. Kenali Mekanisma dan Rawatan Tinggi Kolesterol
  2. Simptom, Komplikasi dan Rawatan Kencing Manis
  3. Tekanan Darah Tinggi, Sejauh Mana Risiko Anda?