Tag Archives: merokok

5 Faktor Risiko Penyebab berlakunya Penyakit Jantung

sakit dada sakit jantung

Dalam entri yang lepas, saya ada menceritakan 5 tanda-tanda menunjukkan anda mengalami penyakit jantung. Dan pada entri kali ini, saya akan menerangkan 5 faktor yang meningkatkan risiko untuk anda mendapat penyakit jantung. Faktor-faktor yang dinyatakan sememangnya boleh dikawal dan ia bergantung kepada diri kita untuk menjaga tahap kesihatan.

1. Penyakit Diabetes Mellitus atau Kencing Manis.

Nah, semestinya kita sudah sedia maklum dengan penyakit ini. Ia disebabkan paras gula di dalam darah terlalu tinggi. Rata-rata pesakit mendapat diabetes mellitus jenis 2 di mana paras glukosa tinggi disebabkan faktor, kegemukan dan pemakanan yang tinggi karbohidtrat. Faktor-faktor ini boleh dikawal sebenarnya. Anda perlu menjaga pemakanan anda dengan teliti, sebaiknya kurangkan makan makanan yang tinggi karbohidrat dan minuman yang mengandungi susu. Sebagai contoh, gantikan sarapan anda dengan memakan bijirin oat, ataupun roti gandum. Makanan sebegini merupakan sumber karbohidrat yang mempunyai indeks glukosa yang rendah dalam darah. Dari segi minuman, anda dinasihatkan untuk mengurangkan minuman yang mempunyai susu seperti teh ais, milo ais dan sebagainya. Perbanyakkan minum air putih. Tetapi sekiranya anda jenis yang suka minum air manis, saya sarankan banyakkan minum air jus buah atau minum teh o ais sahaja.

2. Penyakit darah tinggi atau hipertensi

Penyakit darah tinggi dan juga kencing manis boleh dikatakan seperti adik beradik. Pesakit jantung jika ditanya, mereka pasti  mempunyai sejarah kencing manis dan darah tinggi ataupun salah satu darinya. Jika bacaan tekanan darah anda 140/90, anda haruslah sentiasa menjaga pemakanan anda. Penyakit ini juga sering dikaitkan dengan stres. Anda perlu mencari jalan untuk cuba mengurangkan stres anda. Sentiasa berlapang dada dan tenang dalam menghadapi apa jua jenis masalah. Jangan jadikan keturunan sebagai punca anda untuk tidak mengawal tekanan darah tinggi anda. Dari segi pemakanan, cuba kurangkan makan makanan di luar. Sebaiknya makan makanan masakan rumah. Ini kerana di rumah anda boleh tahu kandungan apa yang elok dan kandungan apa yang tidak elok untuk badan. Untuk kes ini, kurangkan kandungan garam dalam makanan.

3. Merokok

Bukan sahaja penyakit jantung, malah segala macam jenis penyakit boleh berlaku sekiranya anda merokok. Sekiranya anda perokok tegar, cuba kurangkan dari segi kuantiti batang rokok dalam sehari. Sekiranya anda merokok 15 batang sehari, kurangkan kepada 10 batang sehari. Anda tidak digalakkan untuk berhenti secara mendadak kerana ini akan menyebabkan anda kembali merokok semula.

4.  Tinggi kolesterol

Orang yang obes pastinya mempunyai kandungan kolesterol yang tinggi. Sekiranya anda ingin mengurangkan berat, saya sarankan untuk anda mengurangkan kandungan karbohidrat dalam makanan. Jika dulu anda mengambil nasi sehingga satu pinggan penuh, kali ini kurangkan kepada separuh dan separuh lagi anda penuhkan dengan lauk-pauk.

5. Alkohol

Pengambilan alkohol yang berlebihan juga merupakan antara faktor utama penyebab penyakit jantung. Bukan setakat itu sahaja alkohol juga boleh merosakkan hati dan menyebabkan ascites(perut kembung air) dan juga jaundice(mata kuning). Dalam Islam juga melarang kita untuk mengambil alkohol. Selain daripada hilang kewarasan akal dan pertimbangan, penyakit-penyakit kronik lain juga boleh berlaku disebabkan pengambilan alkohol.

Ini merupakan antara faktor-faktor utama penyebab penyakit jantung. Dan faktor-faktor ini dikenal sebagai faktor boleh kawal. Faktor-faktor yang tidak dapat dikawal ialah sejarah penyakit jantung keluarga, umur melebihi 55 tahun, lelaki dan sebagainya. Budaya di Malaysia sendiri pada pendapat saya antara penyebab utama wujudnya penyakit-penyakit seperti ini.

Untuk mengamalkan cara hidup sihat saya tahu bukannya mudah. Terutamanya dari segi pemakanan. Dari segi sukan, mungkin kita mempunyai kesedaran yang tinggi. Adakah kita perlu terhantuk dulu baru terngadah? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Baca artikel-artikel di bawah untuk lebih memahami setiap faktor risiko penyakit jantung.

  1. Kenali Mekanisma dan Rawatan Tinggi Kolesterol
  2. 13 Tips Berhenti Merokok Dengan Berkesan
  3. Simptom, Komplikasi dan Rawatan Kencing Manis
  4. Tekanan Darah Tinggi, Sejauh Mana Risiko Anda?

Punca, Faktor Risiko dan Rawatan Penyakit Stroke

9. Apa yang menyebabkan penyakit stroke?

Sebab yang biasa berlaku pada pesakit yang mengalami strok adalah disebabkan saluran arteri yang semakin sempit dan keras (atherosclerosis). Plak yang dihasilkan oleh lemak, kolesterol, kalsium, dan bahan-bahan yang lain berkumpul di dalam arteri menyebabkan saluran darah semakin lama menjadi semakin sempit dan menghalang untuk darah mengalir ke otak. Sekiranya sumbatan berlaku di saluran yang sempit, ‘ischaemic stroke’ akan berlaku. Strok berdarah pula sering berlaku disebabkan tekanan darah yang tidak dikawal yang menyebabkan dinding arteri tidak dapat menampung tekanan tersebut dan menyebabkan kebocoran salur darah.

 

10. Faktor-faktor Risiko: Penyakit yang kronik

Keadaan penyakit-penyakit ini menyumbang kepada risiko yang tinggi untuk mendapat strok. Termasuklah:

1.Tekanan darah tinggi
2.Tinggi kolesterol
3.Penyakit Kencing manis
4.Kegemukan
Sekiranya anda mengambil langkah selamat untuk mengawal keadaan di atas, ia boleh mengurangkan risiko anda untuk mendapat strok.

 

11. Cara hidup yang tidak sihat

Faktor lain seperti merokok, kurang bersenam dan alkohol menyumbang kepada risiko penyakit strok. Maka ubah cara hidup anda.

 

12. Pemakanan yag tidak sihat

Ketahuilah bahawa pemakanan sangat penting dalam menjamin kesihatan anda. Pemakanan yang berminyak, banyak lemak semuanya tidak sihat untuk badan anda. Makanan yang mempunyai banyak garam juga sepatutnya di elakkan. Banyakkan makan makanan yang berkhasiat seperti oat, makanan yang kaya bijirin, buah-buahan dan sayur -sayuran. Anda mungkin memandang remeh tentang perkara ini tetapi sekiranya ia berlaku, anda mungkin menyesal dikemudian hari.

13. Faktor risiko yang tidak dapat dikawal.

Terdapat faktor lain yang mungkin diluar kawalan anda seperti keturunan kerana keturunan juga memainkan peranan dalam menyebabkan strok.

 

14. Rawatan Kecemasan

Untuk ‘ischemic strok’ rawatan yang paling utama adalah untuk memastikan saluran yang tersumbat tersebut kembali pulih. Untuk strok berdarah, ia mungkin sukar untuk diuruskan kerana  darah tinggi, pendarahan dan pembengkakan otak perlu dikawal.

 

15. Strok pada jangka masa panjang

Ia bergantung kepada doktor untuk memberi rawatan secepat yang mungkin supaya keadaan tidak menjadi lebih memudaratkan. Dan kerosakan strok bergantung kepada bahagian otak di mana strok tersebut berlaku. Perkara yang sering berlaku adalah lumpuh di sebahagian badan atau secara keseluruhan, masalah untuk berjalan, buta, masalah untuk bercakap dan memahami. Segala masalah ini boleh menjadi kekal sekiranya tidak dirawat dengan cepat.

 

16. Rehabilitasi: Terapi percakapan

Rehabilitasi merupakan cara yang terbaik untuk pesakit kembali pulih walaupun tidak sepenuhnya. Kepada yang mengalami maasalah bercakap, pakar terapi akan membantu termasuk juga dalam membantu dalam menelan makanan sekiranya pesakit mempunyai masalah tersebut.

 

17. Terapi fizikal

Lumpuh dan lemah otot adalah kerap berlaku. Terapi fizikal merupakan cara yang efektif untuk mengembalikan tenaga dan kekuatan otot serta latihan melakukan aktiviti-aktiviti yang kecil seperti menulis, butang baju dan sebagainya.

 

18. Terapi komunikasi

Sudah pasti apabila pesakit mengalami strok, mereka mungkin mengalami gangguan emosi dan tekanan. Pakar psikologi akan bertindak sebagai kaunselor kepada mereka supaya mereka boleh menghadapi penyakit ini dan berudaha untuk meneruskan kehidupan.

 


19. Jaga cara hidup sihat anda!

Anda sudah pun tahu mengenai faktor risiko mengenai strok. Maka jagalah cara hidup anda. Cuba untuk berhenti merokok dan sentiasa bersenam. Kalau malas berlari pun anda boleh berjalan. Kurangkan pengambilan alkohol dan garam. Makan makanan yang berkhasiat dan menyihatkan.

20. Makan ubat yang diberi oleh doktor.

Mereka yang mempunyai risiko yang tinggi terhadap strok, doktor akan menyarankan untuk mengambil ubat yang dikenali sebagai ‘ubat cair darah’. Sekiranya anda mempunyai masalah tekanan darah tinggi, doktor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah tersebut.

 

21. Pembedahan

Terdapat juga pembedahan yang dilakukan untuk mencegah strok. Tetapi saya tidak pasti sama ada ia ada dilakukan di Malaysia ataupun tidak.

 

22. Pembedahan ‘balloon and stent’

Prosedur yang dikenali sebagai ‘angioplasty’ boleh juga dilakukan. Ia melibatkan satu bahan di masukkan ke dalam arteri untuk meluaskan saluran darah tersebut bagi mengelakkan ia tersumbat menggunakan ‘balloon’. Tiub besi(stent) kemudian dimasukkan supaya dapat menampung setelah arteri tersebut diluaskan.

 


23. Hidup selepas stroke

lebih dari separuh pesakit strok kembali melakukan aktiviti harian mereka seperti biasa dan mereka sudah boleh menjaga diri mereka. Terapi, rehabilitasi, rawatan yang cepat, dan penjagaan pemakanan boleh membantu pesakit untuk mendapatkan kehidupan yang sihat.

Artikel seterusnya: Gejala, tanda-tanda penyakit stroke

Baca artikel-artikel di bawah untuk lebih memahami setiap faktor risiko penyakit stroke.

  1. Kenali Mekanisma dan Rawatan Tinggi Kolesterol
  2. Simptom, Komplikasi dan Rawatan Kencing Manis
  3. Tekanan Darah Tinggi, Sejauh Mana Risiko Anda?