Tag Archives: jintan hitam

Jintan Hitam (Habatus Saudah): Penyembuh Segala Penyakit

عَنْ أَبِيْ هُرَيْرَةَ رَضِيَ الله عَنْهُ أَنَّ رَسُوْلَ الله صَلَّى الله عَلَيْهِ وَسَلَّم قَالَ: “فِيْ الحَبَّة السَوْدَاء شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلَّا السَامَ
Dari Abu Hurairah RA katanya bahawa Rasulullah SAW bersabda :‘Pada habbatus sauda’ terdapat ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam (maut/mati). (HR. Bukhari & Muslim)

 

عَلَيْكُمْ بِهذِهِ الحَبَّةَ السَوْدَاءِ فَإِنَّ فِيْهَا شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ السَّامَ وَالسَّامُ اْلمَوْتُ
“Tetaplah dengan habbatus sauda’ kerana sesungguhnya ia mengandungi ubat bagi segala penyakit, kecuali as-sam, dan as-sam itu mati.” (HR Bukhari & Muslim)

 

Fakta Ilmiah:
Selama lebih daripada dua ribu tahun, biji jintan hitam telah dikenali dan digunakan sebagai rawatan di banyak negara di TimurTengah dan Timur Jauh. Pada tahun 1959, Dakhakhni dan rakan-rakannya berjaya mengeluarkan Nigellone dari jintan hitam. Jintan hitam mengandungi 40% minyak yang stabil dan 1.4% minyak atsiri. Ia juga mengandungi sekitar lima belas asid amino, protein, kalsium, besi, natrium, dan kalium. Di antara komposisi yang paling efektif adalah Thymoquinone, Dithymoquinone, Thymohydroquinone, dan Thymol.

Continue reading