Simptom, Gejala, dan Diagnosis Penyakit Stroke

$1.99/Mo. for 3 month of Economy Hosting at GoDaddy.com

1.Apakah itu stroke?

Stroke adalah satu situasi di mana otak mengalami pendarahan disebabkan saluran darah yang telah pecah. Juga disebabkan terdapat bekuan di saluran darah yang menyebabkan bekalan oksigen tidak dapat dibekalkan ke tisu-tisu otak. Ini akan menyebabkan sel-sel tisu otak mati sekiranya tidak mendapat rawatan yang sewajarnya.

2.Simptom-simptom atau gejala stroke

  1. Badan menjadi lemah, dan kebas secara tiba-tiba
  2. Pandangan menjadi kabur sama ada sebelah atau kedua-dua belah secara tiba-tiba
  3. Sakit kepala yang melampau
  4. Pening-pening, bermasalah dalam berjalan dan tidak stabil
  5. Kesukaran bercakap, dan tidak memahami apa yang diperkatakan oleh orang lain.
  6. Hilang ingatan.

3.Teknik untuk menguji sama ada seseorang mengalami stroke. Bercakap, Lambai dan Senyum

  • Bila diminta untuk senyum, cuba lihat sama ada sebelah daripada bahagian muka jatuh atau tidak.
  • Bila diminta untuk mengangkat kedua-dua belah tangan adakah salah satu tangan tersebut akan jatuh dengan perlahan?
  • Tanya sama ada mereka boleh ulang ayat yang kita sebut. Cuba lihat sama ada terdapat masalah dalam percakapan.

Kritikal! Telefon ambulan dengan serta merta sekiranya anda nampak tanda-tanda ini!

4.Stroke: Masa= Kerosakan Tisu Otak

Sel-sel otak merupakan organ yang paling banyak memerlukan oksigen. Sekiranya oksigen tidak disalurkan ke tisu-tisu otak. Sel-sel otak akan mati dengan cepat dan ini merupakan salah satu faktor utama pesakit-pesakit menjadi lumpuh dan tidak mampu melakukan apa-apa.

5.Diagnosis Stroke

Sebelum sampai di bahagian Kecemasan hospital, perkara pertama yang akan dilakukan adalah
dengan mengenal pasti jenis stroke yang dihadapi oleh pesakit. Terdapat dua jenis strok dan ia
tidak di rawat dengan cara yang sama. CT scan akan membantu doktor untuk mengenal pasti simptom yang berlaku sama ada disebabkan pendarahan ataupun salur darah yang tersumbat.

6.Ischaemic Stroke

Strok yang paling kerap berlaku adalah ischaemic strok. hampir 9/10 pesakit jatuh dalam kategori ini. Penjahatnya ialah darah beku yang menyumbat salur darah di dalam otak. Darah beku mungkin terbentuk serta merta ataupun ia terbentuk di tempat lain.

7.Stroke Berdarah

Kurang kerap berlaku tapi peratus kematian disebabkan strok berdarah adalah tinggi. Maka berhati-hati dengan stroke jenis ini. Ia berlaku disebabkan saluran darah yang menjadi lemah dan pendarahan di dalam otak sukar untuk berhenti.

8.Stroke Mini: Transient Ischaemic Attack

TIA atau transient ischaemic attack boleh dikatakan sebagai warning yang kita mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat strok berdarah mahupun ischaemic. Maka bila anda mahupun keluarga mengalami situasi di mana muka terherot dan pengsan yang sementara tanpa melibatkan lumpuh anggota, anda harus kawal darah tinggi anda. Situasi ini berlaku apabila aliran darah berhenti sementara di otak dan pada beberapa ketika aliran darah kembali mengalir di otak.

Baca artikel seterusnya: Punca dan Rawatan Penyakit Stroke: Bahagian 2

Baca artikel-artikel di bawah untuk lebih memahami setiap faktor risiko penyakit stroke.

  1. Kenali Mekanisma dan Rawatan Tinggi Kolesterol
  2. Simptom, Komplikasi dan Rawatan Kencing Manis
  3. Tekanan Darah Tinggi, Sejauh Mana Risiko Anda?
50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

7 thoughts on “Simptom, Gejala, dan Diagnosis Penyakit Stroke

  1. Jaswati bt Rukiman

    suami sy dah lbh setahun kena stroke. Byk kaedah yg telah dilakukan untuk merawat penyakitnya, tapi hasilnya masih kurang memuaskan. buat masa ini dia sudah blh berjalan menggunakan tongkat. Tetapi buah pinggangnya bengkak sebelah – saluran dari buah pinggang ke pundi kencing tersumbat (batu karang) telah dpasang stanting. Masaalah sekarang selalu sakit diperut sebelah kanan. Apakah kaedah untuk suami saya membuat terapi dirumah dengan pengawasa ahli keluarga.

    Reply
    1. madno Post author

      terapi apa yang saudari maksudkan ye? sama ada terapi untuk strok ataupun masalah buah pinggang? perkara sebegini, saudari perlu mendapatkan nasihat doktor. sakit perut sebelah kanan atau sakit dibahagian pinggang ye? buah pinggang sebelah mane tu puan? banyak perkara yang perlu ditanya sebelum menentukan terapi yang saudari maksudkan.

      Reply
  2. Pingback: Punca, Faktor Risiko dan Rawatan Penyakit Stroke

  3. Pingback: Kenali Mekanisma dan Rawatan Tinggi Kolesterol

  4. kmy

    sy cikgu sek mngah. berumur 28 thn. thn lps (5/9/2011) sy kemalangan. sy naik motosikal ke sek. sy i.c.u selama lbh sebln stgh. otak kiri sy ada darah beku. doktor KPJ hosp bgtau darah beku dah tiada tapi kesannya masih ada. kini smua bhgian kanan sy (kepala hingga kaki kanan) ada kesannya (susah brcakap, tangan kanan sy lambat mnulis/ pegang brg, kaki kanan sy sukar b’jalan, dll). telinga kanan sy prnah d bedah krn doktor m’cari saraf. shingga kini sy x tau d mne sy kemalangan. tp kluarga sy bgtau mse sy nk ke sek d lekir, perak. thn ni (2012) sy x mngajar lg sbb sy x ingat. doktor hosp manjung bgtau sy kna stroke. sy nk tnye, adakh sy akan sihat, blh mngajar smula mcm biasa?? adakh sy akan ingat mcm sblm kmalangan thn lps??? sy rindu nk mngajar tp inilah sbbnya… harap dpt m’bantu mslh yg sy hadapi ini. terima kasih.

    Reply
  5. Izyani Ismail

    sy pernah jatuh terhempas kepala di ats simen…lepas 2 kepala sy sakit sgt lebih dari 2 minggu…bila sy scan x da drh beku atau kecederaan dlm otak…kejadian ni tjadi setahun yang lalu…dan sekarang ni sy asyik sakit kepala di tempat y terkena simen 2…adakah sebab i2 sy sakit kepala?…

    Reply
  6. sharifah

    sy d sahkan mengalami mini strok oleh dktor pg td..cane sy nk atasi masalah ni drp brterusan dn mnjadi lebih teruk..sy bru brusia 32 thn..kt dktor sy akan pulih dlm msa 2 mgu skiranya mkn ubat yg telah d berikan mengikut jdual.adakah sy akn pulih seperti biasa?sy tkut utk hdapi seme nih..

    Reply

Leave a Reply