|
Salam perpaduan buat semua pembaca laman web psipum.org. Pernah tak anda terfikir tentang majlis penyampaian hadiah buat mereka yang cemerlang dalam akademik atau telah mengharumkan nama fakulti? Jika di kolej, sebagai contoh, Kolej 6, kita ada MPIS(Malam Penganugerahan Ibnu Sina), tetapi mustahilkan majlis ini dianjurkan di Fakulti Perubatan? Bagi diri Jannah yang dhaif ini, Majlis Penganugerahan ini "perlu" diadakan. Atas dasar apa? Salah satunya ialah MOTIVASI. Jika aku belajar dengan cemerlang, aku akan mendapat hadiah. Walaupun ia seperti mendidik mahasiswa di fakulti ini ke arah materialistik, namun, itu hanya jika kita memandang dari aspek negatif sahaja. Cuba kita ambil sudut pemikiran dari aspek positifnya. Mahasiswa akan lebih bersemangat untuk belajar, walaupun mungkin pada mulanya, hanya memandang pada nama hadiah semata-mata. Tidak lupa juga, penat lelah seorang mahasiswa yang bertungkus lumus dalam pelajaran, akan hilan, dan dia akan terasa dirinya dihargai. Jadi, setuju atau tidak ia dijalankan di fakulti tercinta ini? Justifikasi kedua yang perlu diambil ialah kebersamaan seluruh mahasiswa fakulti. Sudah pastinya, jika ingin menganjurkan majlis sebesar ini, memerlukan kerjasama dari seluruh mahasiswa fakulti perubatan. Perlu diingat, anugerah ini bukan hanya untuk jurusan Perubatan dan Pembedahan, malah untuk mahasiswa Farmsai, Radiologi, Bioperubatan, Kejururawatan dan lain-lain lagi. Jadi, jika majlis ini berjaya dijalankan, tidak timbul lagi isu, tidak rasa kebersamaan antara jurusan di fakulti ini. Sekali lagi, anda sudah bersetuju dengan Jannah supaya majlis ini dijalankan? Di samping itu, mungkin bagi penuntut MBBS akan merasakan majlis besar di Fakulti semasa konvokesyen senior Final Year, namun, apa nasibnya bagi mahasiswa jurusan lain? Farmasi dengan Dinner Farmasi mereka, Biomed? Radiologi? Semua masih dengan jurusan mereka sendiri.Jadi, alangkah baiknya jika majlis ini diadakan tanda satu majlis yang "GRAND" bagi fakulti kita bagi menghargai mahasiswa yang mengharumkan nama fakulti. Cuba anda bayangkan, jika anda adalah penerima anugerah tersebut, ibu bapa anda turut hadir untuk melihat anaknya menerima anugerah, ibu bapa mahasiwa lain turut bersama meraikannya, alangkah seronoknya jika ada majlis sebegitu. Kesimpulannya, itulah yang ingin Jannah lontarkan. Jika kolej ada majlis penganugerahan, kenapa tidak di fakulti? Jadi, anda bersama dengan Jannah untuk kita perjuangkan isu ini? Jom ke Jannah!
|