Sakit Itu Ujian Dari Allah

50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

Walaupun hanya sekali bertemu dengannya, itu pun lebih kurang 4 bulan yang lepas, namun minda dan fikiran ini masih lagi terbayang-bayang akan ketenangan wajahnya. Dia seorang China Muslim. Dia disahkan menghidap penyakit barah otak melalui CT scan. Umum mengetahui bahawa penghidap penyakit barah otak tidak akan bertahan lama, dan pesakit ini juga maklum prognosis penyakit yang dihidapi. Namun, di sebalik semua yang dihadapi, dia tetap tabah dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Riak wajahnya langsung tidak menampakkan rasa sedih dan putus-asa walaupun dia terlantar kaku di katil. Saya sempat berbual-bual dengannya dan bual bicaranya sangat lembut dan menusuk hati.

Berbeza pula dengan seorang pesakit ini.

Saya kurang pasti penyakit yang dihadapi, tidak juga berani menghampiri untuk bertanya lanjut namun secara luarannya, saya mengadaikan pesakit ini menghadapi tekanan perasaan yang teruk. Di sampingnya kelihatan seorang pemuda, mungkin anak lelakinya yang tetap setia menemani. Kadang-kadang saya terpandang pemuda itu menangis. Mungkin dia juga turut merasa penderitaan yang dihadapi ayahnya.

Dua pesakit yang berbeza, memberikan reaksi yang berbeza.

Sakit adalah ujian

Manusia bertindak berdasarkan bentuk kepercayaan yang dipegang. Nilai kepercayaan dalam diri itu akan melahirkan bentuk pemikiran dan menentukan cara pandang  kita terhadap sesuatu.

“ Tidaklah seorang Muslim ditimpa oleh keletihan, atau kerisauan, atau kedukacitaan, atau penyakit, atau permasalahan walaupun kesakitan berupa tercucuk duri melainkan ini merupakan penebus kepada dosanya

(Hadith riwayat al-Bukhari & Muslim)

Maha PengasihNya Allah s.w.t.

Setiap apa yang berlaku ke atas diri seseorang pasti  ada hikmah di sebaliknya. Begitu juga sakit. Sakit adalah bentuk ujian dari Allah s.w.t kepada hamba-hambanya yang terpilih. Sakit juga anugerah dari Allah s.w.t untuk menghapuskan dosa-dosa silam kita.

Pancaran ketenangan pada wajah pesakit tadi adalah refleksi  dari ketenangan jiwa yang dirasainya. Berbekalkan bentuk kepercayaan  yang dipegang bahawa sakit yang dihadapi adalah suatu ujian, pesakit tadi  berjaya mengharungi sisa-sisa hidupnya. Tiada penyesalan. Tiada istilah buruk sangka kepada Allah s.w.t.

Mudahnya Islam

Ketika sakit, sepenuh pengharapan disandarkan kepada Allah s.w.t semata-mata dan solat menjadi medan manifestasi untuk meluahkan rasa pengharapan itu. Itulah juga hikmahnya Allah s.w.t menuntut setiap umatnya untuk terus melaksanakan solat walaupun ketika sakit. Mudahnya Islam, dalam melaksanakan ketaatan itu, tetap ada kompromi untuk tidak menyusahkan umatnya. Andai tidak mampu berdiri, boleh duduk. Tidak mampu duduk, boleh dengan berbaring dan kalau tidak mampu juga, cukup dengan  isyarat mata.

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Al-Baqarah:284)

Jumarni Bte Abdurachman

“Hidup untuk agenda Allah”

Ada Masalah Berat Badan? Tonton di Bawah

  • Proper format "name@something.com"

Leave a Reply