Rahsia Ubun-Ubun (Dahi)

$1.99/Mo. for 3 month of Economy Hosting at GoDaddy.com

Firman Allah SWT:

Sekali-kali tidak! Sungguh, jika dia (Abu Jahal) tidak berhenti (berbuat demikian), nescaya Kami akan tarik ubun-ubunnya (ke dalam neraka!). (Iaitu) ubun-ubun orang yang mendustakan dan derhaka.

(Al-‘Alaq: 15 & 16)

Fakta Saintifik

Otak manusia terdiri dari tiga lobus utama; lobus frontal, lobus oksipital, lobus temporal dan lobus parietalis. Setiap lobus mempunyai fungsi tersendiri. Namun, mereka saling bekerja bersama dan saling melengkapi antara satu sama lain. Lobus frontal di otak manusia adalah sangat berbeza dari haiwan kerana mengandungi pusat-pusat yang bertanggungjawab untuk percakapan dan perilaku manusia. Ianya juga mengandungi pusat saraf tertentu dengan fungsi dan tempat khusus termasuk pra-frontal korteks yang terletak betul-betul di belakang dahi dan membentuk bahagian utama dari lobus frontalis.

Bahagian korteks pre-frontal ini adalah unit utama untuk membina watak seseorang. Ia memainkan peranan dalam inisiatif dan penilaian/pertimbangan. Ia juga mengandungi kawasan motor percakapan Broca yang menyelaraskan proses menghasilkan suara antara organ-organ percakapan termasuk larynx, lidah, dan muka. Ia juga mengandungi zon pergerakan yang meliputi kawasan depan mata. Kawasan depan mata menyokong pergerakan terurus mata ke arah yang bertentangan.

Kawasan motor utama dan sekunder mengawal pergerakan kehendak otot-otot. Semua ini menunjukkan bahawa kawasan frontal dari lobus frontalis, yang terletak di dahi/ubun-ubun, mengarahkan perilaku dan membentuk keperibadian manusia. Kerosakan ke bahagian ini akan mengakibatkan kerosakan dalam kriteria moral dan kecekapan memori dan kemampuan mengatasi masalah-masalah logic akal.

Aspek –Aspek Saintifik Di Luar Keupayaan Manusia Untuk Meniru :

Misteri ayat ini yang disebut di atas hanya dapat diselesaikan baru-baru ini. Tidak hairanlah mengapa Al-Quran Yang Agung menyebutkan bahawa bahagian ubun –ubun/ dahi sebagai suatu bahagian pembohongan dan kemaksiatan. Seterusnya, Al-Quran Yang Agung mengatakan bahawa bahagian tubuh ini akan dipukul dan ditarik; itu merupakan satu sebutan yang hampir kepada bahagian yang memantau perilaku manusia. Oleh itu ia adalah bahagian tubuh yang akan dipertanggungjawabkan atas perbuatan manusia. Betapa Maha Bijaksana Allah SWT memerintahkan bahagian ini ditempatkan di tanah semasa melakukan sujud (dalam solat) supaya ianya akan belajar menjadi jujur dan lurus. Firman Allah s.w.t:

“Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji (iaitu segala macam dosa besar, zina, dll) dan mungkar (iaitu kufur,syirik dan segala macam perbuatan jahat dll). Dan mengingati Allah (solat) itu lebih besar (keutamaannya dari ibadah yang lain). Dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Al-`Ankabut: 45)

Rahsia Ubun-Ubun

Menurut Dekan Fakulti Pengajian al-Quran dan Sunnah, Universiti Sains Islam Malaysia, Dr. Adnan Mohamed Yusoff, di dalam al-Quran ubun-ubun disebut nashiyah. Para ulama dahulu mentafsirkan ayat di atas iaitu ubun-­ubun yang berdusta adalah orang yang menipu. Katanya ayat itu ditafsirkan secara perbandingan. Dalam budaya dan peng­gunaan bahasa Arab, merujuk kepada anggota badan untuk dikiaskan dengan sifat seseorang adalah sesuatu yang lumrah. Contohnya, apabila hendak me­ngatakan seorang itu penipu dan pendus­ta mereka sifatkan pada anggota badan. Sama seperti di dalam bahasa Melayu yang disebut kiasan iaitu kaki bangku, panjang tangan dan telinga nipis.

“Dengan perkembangan sains yang semakin pantas, ulama mula meng­kaji maksud ubun-ubun dengan lebih terperinci. Kajian yang dilakukan oleh Sheikh Zahlun Najar dan Abdul Majeed Alzendanee, menemukan fakta tentang ubun-ubun yang boleh dikait­kan dengan al-Quran. Asalnya kajian itu dilakukan oleh sarjana barat. Di dalam otak kita ada satu bahagian yang berfungsi untuk mengawal diri, membentuk tingkah laku dan peribadi seseorang. Pusat kawalan itu adalah ubun-ubun yang letaknya di belakang dahi atau dipanggil frontal lobe. Di bahagian itulah pusat kawa­lan segala arahan dikeluarkan, mengawal tingkah laku, berbohong, berbuat salah, kejujuran dan membuat kepu­tusan. Anggota badan hanya menjadi tentera yang menjalankan arahan saja,” jelasnya.

Dr. Adnan menambah lagi, hasil kajian yang menggunakan teknologi canggih telah berjaya mengesan unsur pembohongan. Dari imbasan yang dilakukan, bahagian ubun-ubun meng­hasilkan tenaga yang banyak.

Di katakan semasa berbohong, im­basan menunjukkan 14 kawasan otak akan menjadi aktif berbanding hanya tujuh kawasan saja jika bercakap benar. Menurut Daniel Langleben, seorang ahli psikiatri dan pakar saintis neuro dari Universiti Pennsylvania, ada tiga bahagian otak yang bergerak lebih aktif semasa berbohong iaitu anterior cingu­late cortex, dorsal lateral prefrontal cortex dan parietal cortex. Dari pemerhatian­nya, semasa menipu, aliran darah ke bahagian itu bertambah. Ini bermakna otak sedang bekerja kuat untuk ber­dusta.

Di sini dapat dilihat seolah-olah ada satu pusat komputer yang duduk di ubun-ubun yang telah diset kan dalam mode sentiasa berada pada kedudu­kan benar sepanjang masa. Bila kita bercakap benar, tidak ada sebarang perubahan tenaga yang dapat dikesan pada ubun-ubun. Sebaliknya bila ber­cakap bohong ada tenaga yang dike­luarkan dan ia boleh dikesan.

Penerangan yang boleh dibuat dari perubahan tenaga itu ialah begini, semasa menipu aliran darah akan ber­tambah di bahagian ubun-ubun dan banyak tenaga yang digunakan untuk mencari alasan apa hendak diberikan. Atas alasan itu mereka memutuskan, menipu bukanlah satu perkara yang datang tiba-tiba. Otak harus berfikir benar atau tidak kemudian barulah keputusan dibuat untuk menipu.

Misalnya apabila kita hendak menipu katakanlah, “langit itu hijau”. Otak kita akan berfikir dahulu bahawa warna langit adalah biru tetapi kita hendak menafikannya. Otak akan bekerja keras untuk menafikannya sebelum menge­luarkan kata-kata bahawa langit adalah hijau. Bagi Dr. Adnan, apa yang dinyata­kan di dalam al-Quran memang ada hubungannya dengan penemuan sain­tifik. Sebagaimana yang Allah sebut ubun-ubun yang berdusta. Hasil pen­emuan mendapati, bahagian frontal lobe itulah yang paling banyak mengeluar­kan tenaga apabila keputusan untuk menipu dibuat.

“Jika sebelum ini ulama mentafsirkan ayat itu secara perbandingan. Secara hakikinya dari sudut saintifik, ayat itu boleh didalami lagi maksudnya. Ubun ­ubun itulah yang berdusta, berbohong, tidak patuh, tidak taat pada perintah Allah kerana ia membuat keputusan,” katanya.

Amalan Rasulullah SAW

Tambah Dr. Adnan, yang  menarik tentang nashiyah banyak disebut di dalam hadis. Malah Nabi amat me­ngambil berat tentangnya. Contohnya di dalam soal wuduk, Rasulullah me­nyapu kepala. Ada riwayat yang me­ngatakan maksud, menyapu kepala itu adalah sebahagian kepala dan ada juga yang kata keseluruhannya.

“Dan tafsiran tentang bahagian kepala yang mana, para fuqaha menga­takan ia melibatkan sebahagian dari kepala tetapi tidak kira di mana-mana.Namun apabila kita teliti, balik hadis yang mengatakan sebahagian adalah di bahagian hadapan saja iaitu di ubun­ ubun. Pendapat itu dikeluarkan ber­dasarkan beberapa riwayat yang me­ngatakan, Rasulullah apabila menyapu kepalanya, dari ubun-ubun bawa ke belakang dan dari belakang membawa ke ubun-ubun.

Sambungnya lagi, ada juga amal­an yang diajar oleh Rasulullah ketika berdoa setiap kali hendak tidur yang bermaksud “Aku memohon perlindungan Allah daripada kejahatan semua makhluk yang Engkau pegang ubun-ubunnya. “

Sebuah lagi hadis meriwayatkan tentang amalan yang Rasulullah lakukan ketika mendoakan orang lain mahupun untuk merawat. Seorang sahabat yang miskin datang mengadu dan minta Rasulullah berdoa untuknya supaya dia disenangi oleh orang lain dan dilayan dengan baik serta mendapat kelapang­an. Lelaki itu menceritakan balik, lalu Rasulullah sapu ubun-ubun saya dan berdoa kepada saya tiga kali.

Dalam satu peristiwa lain di mana Saad bin Abi Waqas sakit, Rasulul­lah datang melawatnya. Kemudian me­letakan tangannya di atas dahi (nashi­yah) lalu disapu ke muka, dada dan perut Saad. Rasullah berdoa kepada, Allah, wahai Allah sembuhkanlah Saad dan sempurnakan amalan kebajikan yang dilakukan.

“Daripada hadis-hadis yang diri­wayatkan, boleh dirumuskan bahawa ketika berdoa Rasulullah akan meme­gang ubun-ubun orang yang didoakan. Apabila hendak merawat orang sakit, tangannya, akan diletakan di dahi atau nashiyah juga.

“Itulah tandanya Rasulullah amat mengambil berat dan memberikan pen­jagaan yang baik dari segi fizikal serta rohani kepada nashiyah. Teknik yang diamalkan Rasulullah iaitu membelai rambut dan kepala, perlu dipraktikkan di dalam pendidikan secara sistematik. Di situ adalah pusat yang merang­sang iman dan pemikiran anak-anak, sepatutnya kaedah itu digunakan secara tersusun dan serius.

“Bila bersama-sama anak-anak kita usap kepalanya dan berdoa seba­gaimana yang Rasulullah amalkan. Ambil masa sedikit sebelum tidur atau semasa tidur jadikan amalan yang ter­atur. Amalan itu perlu diperluaskan di dalam masyarakat kita kerana ia ada kesan dari segi rohani dan spiritual. Di bahagian itu adalah pusat yang harus diberi perhatian dan tumpuan khusus oleh ibu bapa, guru, pendidik, pendak­wah untuk mentarbiahkan pelajar,” ulasnya. 

50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

Leave a Reply