Mengenai PSIPUM

Persatuan Siswa-siswi Islam perubatan Universiti Malaya (PSIPUM) telah didaftarkan pada tanggal 16 Oktober 1975. Usiaya sudah menginjak 35 tahun pada 16 Oktober 2010. Persatuan ini ditubuhkan atas kesedaran generasi penuntut perubatan muslim Universiti Malaya tahun 70-an untuk membantu para pelajar muslim agar tidak hilang arah atau punca ketika mendalami ilmu perubatan yang serba mencabar. Persatuan ini juga hampir dibubarkan kerana gagal bergerak aktif namun atas tindakan beberapa pihak, persatuan ini bagaikan mendapat nafas baru untuk mengorak langkah jauh ke ke hadapan tanpa menoleh ke belakang lagi.

 

VISI PSIPUM

Mengimplimantasikan Islam dalam bidang perubatan ke arah mewujudkan kesejahteraan ummah dan mardhatillah.

MISI PSIPUM

ILMU

  1. Memantapkan akademik ahli dari segi teori dan praktikal dalam melahirkan ahli yang cemerlang dan berkualiti
  2. Memastikan setiap ahli mempunyai pemahaman yang jelas terhadap qiblat muslim sebenar
  3. Menerapkan nilai-nilai ilmu fiqh perubatan dalam diri ahli

TARBIAH

Memperkukuhkan aqidah dalam melahirkan ahli yang berakhlak disamping istiqamah dalam beribadah ke arah madhatillah

DAKWAH

  1. Mendoktrinisasikan bidang perubatan sebagai medan dakwah yang luas dan berkesan
  2. Mempergiat usaha memberi pemahaman Islam kepada non-muslim