
Penyakit Kencing Manis (Diabetes Mellitus)
Tanda : Dipangkal kuku warna gelap
Simptom : Mudah letih, Sering dahaga & lapar,penglihatan kabur, banyak makan tapi berat badan menurun,mudah berbisul tapi lambat sembuh, kerap kencing dan dihurungi semut
Punca : Gula berlebihan,Sembelit
Herba : Kopi Radix, Plantisol,Herba Rebusan, Kencing Manis, Teh Herba dan Malac
Penyakit Gastritis
Tanda : Urat biru/Hijau tepi perut ibu jari
Simptom : Cepat letih,mudah lapar, sakit ulu hati
Punca : Makan tidak menentu, makanan pedas
Herba : D’Karm, Herba tuju angin,madu asli, kopi radix, (Herba diambil selepas makan)
Tinggi Kolesterol
Tanda : Warna merah pada setiap hujung jari
Simptom : Rasa kesemutan/kebas hujung jari, cepat marah
Punca : Makanan berlemak, berminyak
Herba : Omega -3 Softgel, Mengkudu, Spirulina, D’Deu,D’Det dan Teh Asiatica
Penyakit Usus
Tanda : Ibu jari bengkok, jari telunjuk bengkok, ruas jari warna gelap, jari telunjuk dan jari tengah bila direntang rasa sakit
Simptom: Sembelit, badan & mulut berbau, sakit perut, mudah letih, mengantuk
Punca: Najis yang dikeluarkan tidak cukup atau melebihi 14 jam, najis tak keluar habis, pemakanan (kurang serat, kurang air)
Herba: D’Karm, Pelawas, Herba Tuju Angin, Roselle, Spirulina, Kopi radix, Teh Asiatica
“Dan Kami menciptakan manusia sebagai sebaik-baik kejadian” (Surah At-Tin : 4)
p/s : Bukan hanya perubatan moden yang kita harus belajar..tapi perubatan alternatif juga. Al-Quran dan Sunah Nabi Muhammad s.a.w telah mengajar cara dan membuka jalan.
Tinggal kita untuk bertindak.
Sumber dipetik daripada Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi (HPA)
saya selalu kebas tangan kanan hingga ke tapak tangan , sakit tumit, terasa sengal di bahagian ari-ari kiri, tolong beri pandangan apa perlu saya buat , bila jumpa doktor hanya kata urat dan perlu makan ubat untuk urat tapi tak sembuh pun
pandangan saya, sila rujuk di hospital.
saya sedang mengandung anak pertama dan sekarang dah masuk 7 bulan.seluruh badan saya gatal-gatal.apabila digaru, gatal makin melarat. saya ada jumpa doktor dan doktor bagi ubat sapu. tapi gatal tetap tidak hilang.hujung kuku saya juga rasa kebas.
kebas tangan sakit tumit serta gatal-gatal itulah yg saya alami dulu tapi kini tidak lagi semenjak saya amalkan minuman rooibos tea.tak mahal hanya 50 sen sehari.
saya menghidap penyakit sengal -sengal tangan dan kaki.Badan menjadi lemah dan tidak bertenaga,saya hidapi nyakit ni dah lama dari akhir th 10.2009 hingga leni.Doktor biasa kat HUSM k Bharu pun tak leh explain nyakita apa.Result darah,hati,paru2, jantung dan buah pinggang ok.tapi beberapa bulan lepas ada naik bengkak di kepala sebelah kiri dan terasa berdenyut-denyut, tak tentu masa.banyak cara sudah saya ubat dan iktiar,tapi tak sembuh lagi.dah banyak juga duit saya habis. le ni dok tunggu nak jumpa Dr harmy kat HUSM,yang tak dapat jumpa sejak dulu lagi. Leni saya tak makan apa-apa ubat,hanya penawar dari pengamal tradisi aje.saya harap agar dapat berkongsi dengan mana-mana pembaca yg sudi. hanya pada Allah snw dipohonkan agar diberi kesembuhan secepat mungkin.
Assalamualaikum..En Abdullah, saya agak, mungkin En Abdullah ni berbadan besar lebih kurang 80 – 98kg..Sekiranya benar, saya rasa kita ada mempunyai masalah yg hampir sama. Cuma bahagian bengkak kepala, mungkin berbeza..
Untuk pengetahuan En Abdullah, golongan obes mcm saya, sgt mudah mendapat penyakit. Mungkin En Abdullah boleh perlu masuk scan MRI untuk mempastikan bengkak itu bukan bengkak sebarangan. Yelah, bahagian kepala, bermaksud lebih kritikal. Mungkin sinus or harap bukan yg serius sgt,,
Cubela wat WAP kat muka, sehari sekali ke 2 kali ke..kalau nak lagi sedap, campurkan MENTHOL CRYSTAL, boleh dibeli kat farmasi.Ulang selalu utuk dptkan kesan yg lebih baik.
boleh buat study mengenai gum arabic as high content of natural prebiotic!