Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



EPISMA: Adakah anda sudah bersedia?
Written by admin   

 

 

 

Tahun 2008 merupakan tahun keramat bagi PSIPUM kerana buat julung2 kalinya, persatuan ini telah berjaya membuka mata masyarakat kampus dan luar, bahawa mahasiswa yang dikatakan skema dan academician juga mampu menganjurkan satu program yang hebat seperti itu. Tahniah buat pimpinan yang lepas dan sesiapa yang turut sama menjayakannya.

Namun, bukanlah nama yang ingin dikejar. Habis tu? Jika tidak nama, apa? Soalan itu tidak perlu diberikan jawapan kerana penulis tujukan soalan itu kepada pembaca. Dan, soalan itu harus difikirkan jawapan bersama, sebelum membaca ayat yang seterusnya.

Dengan berbekalkan tagline PSIPUM Untuk Semua, bagi penulis, pendekatan EPISMA pada tahun ini perlu berubah dan berlainan. Jika yang lepas, kita hanya mempu mendapat crowd dari kalangan orang Islam, pada tahun ini kita perlu memakai pendekatan Islam itu adalah rahmatan lil 'alamin, ISLAM UNTUK SEMUA.

Jadi, idea2 yang bersifat lebih terbuka, tetapi pada masa yang sama dapat membawa mesej Islam patut dibawa. Idea apa itu? Itu yang perlu difikirkan bersama. Sedarlah, bahawa EPISMA merupakan satu medan yang cukup baik untuk mesej Islam itu disampaikan. Mesej Islam itu tidak semestinya mesti diletakkan nama Islam untuk ditonjolkan, tetapi kadang2, untuk peringkat awal, cukup sekadar unsur Islam dimasukkan.

Mungkin pada tahun ini, kita boleh sampaikan Islam itu mementingkan kesihatan dengan menonjolkan sukan Nabi SAW. Berkuda, memanah. Amacam? Kemungkinan, kita mampu membuat wacana yang berunsur dakwah seperti membincangkan soal "selsema babi" contohnya, hikmah kenapa Allah mengharamkan babi kepada manusia.

"ANDA SIHAT DENGAN ISLAM". Itulah yang penulis bayangkan mesej yang patut kita sampaikan kepada semua. Bahawa, dengan mengamalkan Islam, nescaya kita akan sihat. Kerana penulis teringat kata2 Qardawi, "Mana mungkin perkara yang halal dalam syariat itu mudarat bagi kita, dan mana mungkin perkara yang haram itu memberi manfaat kepada kita".

Jadi, ayuh sama2 kita fikirkan idea untuk kita sampaikan mesej Islam pada EPISMA sesi kali ini.  Semoga dengan idea yang dicurahkan, mampu membantu kalimah Allah ditegakkan di muka bumi ini. Wassalam.

Comments
Add New
+/-
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
madno     |2009-05-14 19:08:01
EPISMA kali nih sapa yang akan terajui?
kita akan buat joint venture dengan
mana2 persatuan tak?
mcam pmium ker?
mpmum ker...
Hidayat  - Soalan past year.     |2009-05-15 08:05:37
soalan2 past year dah diuploadkan di ruangan forum. Bila dah upload dekat
ruangan forum ia bermakna past year tersebut masih belum lengkap seperti yang
diingini.

lepas dikemaskini. past year2 tersebut akan berada diruangan web.
Selepas login, korang boleh dapatkan past year tersebut.

Buat masa nih past
year tersebut berada di ruangan forum. Sesiapa yang ada soft copy past year
boleh kongsikan di ruangan forum.

Pergi di bahagian akademik di ruangan forum
Sekolah Pemikiran P.J  - wah3   |2009-05-21 18:42:52
wau, semakin mantap la weblog PSIPUM nie.. best2..

two tumbs up!
nur najua  - jom!!!   |2009-05-21 23:27:22
episma akan diterajui oleh Che Jamal..insyaAllah...

memrlukan tenaga kerja drpd
sahabt2 suma..

hulurkan tngan anda utk mmbantu EPISMA...
xyakin  - bole ke?   |2009-05-22 03:03:17
apsal cam xgrak lg mende ni? Bkn ke last yr dh grak ke? cam xjdi je ak nampk
episma kali ni
yakin  - tolong   |2009-05-22 09:45:39
klo dah nmpak cm xjalan..ulurkanlah bantuan...
Pendokong  - best2~   |2009-05-29 09:20:28
nampaknya EPISMA kali ni Muslimat berada di tampuk teratas!

Bos 'Najua'.
haha

Sesungguhnya EPISMA kali ni bakal mjadi cntoh kpd mahasiswa dengan seliaan
HELWA YB Jannah

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."