Stesen kaji cuaca menunjukkan bahawa ada gelombang besar yang bakal melanda kawasan kawasan yang didiami oleh ahli PSIPUM. Pelik! Kenapa fenomena ini berlaku? Semua mula menimbulkan tanda tanya. Adakah kerana naiknya Najib selaku Perdana Menteri Malaysia Ke 6? Atau adakah ada ahli PSIPUM yang banyak melakukan maksiat sehingga Allah ingin menurunkan azab kepada seluruh ahli PSIPUM? Atau PSIPUM sedang panas akibat "statement sesorang" yang mengatakan bahawa PSIPUM patut dibubarkan? Ha.. Itu yang kita tak tahu buat masa ni...
Sekadar makluman, memandangkan forum pun masih tidak mendapat sambutan, dan apa yang dilakukan oleh kebanyakan pihak adalah CAKAP BELAKANG, ditambah pula, demam exam semakin kronik, jadi di sini ingin dimaklumkan bahawa isu perkauman telah dipersetujui untuk dibincangkan selepas EXAM CONASS Tahun 2. Jadi, kepada sesiapa yang benar2 menantikan apa yang bakal terjadi seterusnya, STUDY dulu! Exam sudah dekat. Habis exam, insyaAllah akan dipanaskan kembali.
Sebenarnya, setelah disiasat, pihak wartawan PSIPUM telah berjaya merungkai rahsia di sebalik gelombang ini. Rupa rupanya, ia berlaku selepas statement saudara Bilal tentang Gelombang Ibadah yang bakal melanda ahli ahli PSIPUM. Hmm.. Bagus! Ahli PSIPUM nampaknya sangat bersemangat! Ditambah pula dengan ada OUTBREAK yang mana demam exam akan melanda semua pihak. Hehe..
Sukalah diingatkan, walaupun sehebat mana pun kita, walaupun segenius mana pun kita, walau dah banyak mana kita STUDY, tapi, KEPUTUSAN itu tetap milik Allah Taala, Dia nak bagi ilmu masuk atau tidak, Dia nak bagi kita berjaya atau tidak. Jadi, sama samalah kita sahut niat murni PSIPUM sebagai satu pengharapan 100% kepadaNya.
"Ya Allah, jangan Kau Biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri, walaupun kadar sekelip mata atau kadar masa yang lebih mudah dari itu!"
Gelombang ini akan dimulakan pada hari Isnin, 6 April 2009, di mana pihak pimpinan PSIPUM meminta semua ahli PSIPUM berpuasa pada hari tersebut. Dan, kita akan mengadakan Iftar Jamai(Berbuka puasa ramai2 di Kolej 6). Namun, di sini suka diingatkan, bahawa ini adalah untuk SEMUA AHLI PSIPUM, bukan untuk pelajar medic sahaja, bahkan kalau bukan ahli PSIPUM mahu turut serta, sangat dialu2kan. Penulis menekankan isu ini kerana ada sesetengah pihak terlepas pandang perkara ini. Bukan setakat berbuka puasa, banyak perkara menarik menanti mereka yang hadir.
Jadi, JOM RAMAI2 PENUHKAN DEWAN MAKAN KOLEJ 6 HARI ISNIN, 6 APRIL 2009. Salam GELOMBANG IBADAH untuk Semua!!