Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



Perutusan Timbalan Presiden PSIPUM 09/10 sempena Demam Peperiksaan
Written by bonot   

Salam PSIPUM untuk Semua buat sahabat sahabat sekalian.

Mungkin sewaktu ada yang membaca artikel perutusan ini, kawan kawan kita yang lain, sedang bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran yang BANYAK. Kita perlu yakin, jika ini jalan yang kita ambil, maka "gentleman"lah dalam menempuhinya. "Aku dah pilih jalan ni, jadi aku perlu berusaha untuk berjuang sehingga ke akhirnya". Semangat inilah yang perlu ditanam dalam setiap ahli PSIPUM.

Namun, sukalah diri ini mengulang, tentang apa yang selalu diingatkan kepada sahabat sekalian. Dalam kita belajar ini, paling koman pun, tanamkan sedikit niat, dengan ilmu yang kita ada nanti, kita akan tolong agama Allah. Moga moga, belajar kita ini adalah Jihad Fisabilillah(amin..), dan jika kita mati semasa hendak pergi ke dewan lecture, atau tiba tiba tersadung dalam bilik air, atau tertidur di library dan tiba tiba sesak nafas, moga moga Allah kurniakan pahala SYAHID kepada kita!

Sahabat sekalian, dalam menempuh exam ini, ramai yang mengeluarkan isu "hipokrit " kita terhadap Allah Taala.

"Bila exam, baru surau penuh, masa sebelum exam tak nak datang surau!", rungut si A.

"Aku tak suka jadi hipokrit, exam ke, tak exam ke, buat cam biasa la. So, kalau aku jenis tak turun surau, tak payah turun surau. Tu hipokrit namanya!" si B pula berpandangan.

Menarik manusia ni! Setiap orang diberikan cara berfikir masing masing. Namun, ia akan jadi salah jika kita berfikir itu SEKADAR LOGIK semata mata. Pandangan diri yang dhaif ini, rungutan dan pandangan di atas tidak mengambil aspek fitrah manusia. Manusia itu, memang fitrahnya, bila mana dalam keadaan genting, dia akan mengharap kepada satu kuasa untuk membantunya. Bagiku, rungutan si A ini, apabila didengar oleh golongan yang ingin berubah semasa tibanya exam, orang itu akan mula down. Bagiku, pandangan si B patut berubah.

Ia perlu jadi, "Aku tak suka jadi hipokrit, jadi, semasa musim exam ke, lepas exam ke, aku akan terus bermunajat dan berharap kepada Allah Taala!"

Amalkanlah doa ini,

"Ya Allah, jika kejayaan itu adalah baik bagiku dan memberikan faedah kepada Islam, maka Kau kurniakanlah kejayaan kepadaku. Tetapi, jika kejayaan itu memberi fitnah dan kemudaratan kepadaku, Engkau sahajalah tahu, apa yang terbaik buat diriku. Jika kegagalan itu memberi fitnah dan mudarat kepada agamaMu ya Allah, kau hindarilah aku daripadanya. Namun, jika itulah yang Kau fikirkan terbaik untuk diriku, aku redha dengan ketentuanMu."

Inilah keyakinan yang perlu ada pada diri ahli PSIPUM. Kadang kadang kita menyangka bahawa lulus itu sangat baik, dapat enjoy, balik rumah, kononnya nak menolong family, namun, kita perlu yakin, Allah Maha Tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Jadi, berharaplah kepadaNya kerana Dia sahaja tempat untuk kita berharap.

Semoga Gelombang Ibadah yang digembar gemburkan dapat dihayati dan dirasai oleh semua.

Salam Demam Exam untuk Semua!

 

Yang Benar,

Abdul Hakem Bin Zahari

Timbalan Presiden 2 PSIPUM 09/10

Comments
Add New
+/-
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
najua   |2009-04-13 22:16:31
bak kata ustaz azman dlm kuliah maghrib ar2....
kejayaan i2 perlu datang
bersama2 dgn iman yg mendekatkan diri kita dgn Allah...
dn bukan sebaliknya...

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."