Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



PERUTUSAN TIMB PRES 1 : MAULIDUR RASUL 1430H
Written by Bijak   

            Salam Ukhuwah, Salam PSIPUM Untuk Semua…                  

Selawat dan salam saya panjatkan buat junjungan yang mulia dan amat saya cintai, Muhammad b. Abdullah, Rasul kepada umat akhir zaman dan penghulu segala Nabi & Rasul yang diutuskan oleh Allah. Semoga berkat selawat dan salam ini akan memberikan Syafaat kepada kita di Padang Mahsyar kelak dan menyelamatkan kita dari ditelan Api Neraka.           

Sedikit persoalan mengenai Sambutan Maulidur Rasul. Apakah hukumnya? Adakah Rasulullah SAW pernah meraikannya? Jika tidak, maka ia bid’ah! Jadi, apakah hukumnya Harus? Kerana tiada dalil yang menunjukkan Rasulullah pernah menyambut Hari Kelahiran baginda itu sendiri? Tetapi di Malaysia, Maulidur Rasul disambut dengan penuh meriah. Ada perarakan sambil berselawat, forum dan ceramah dijalankan di sana – sini serta tidak dinafikan jamuan besar-besaran diadakan di masjid-masjid. Semua ini adalah untuk menunjukkan rasa kecintaan umat Islam di Malaysia kepada Rasulullah SAW. Sehinggakan tarikh 12 Rabi’ul Awal dijadikan Hari Cuti Peringkat Kebangsaan! Hal ini dicontohi daripada Raja Muzaffar Ad-Din, pembesar pertama yang mengadakan Sambutan Maulidur Rasul secara Perdana di negaranya sehinggakan beliau digelar ‘Buta Syiah’ kerana mengada-adakan sesuatu yang tidak pernah Rasulullah laksanakan sewaktu baginda memerintah negara..            

Jangan risau… Hukum sebenar bagi meraikan Maulud Nabi ini adalah Sunnah. Buktinya, Rasulullah menyatakan baginda berpuasa pada hari Isnin kerana baginda dilahirkan pada hari tersebut (Boleh rujuk buku 'Maulidur Rasul', karangan Ustaz Azhar). Jadi jangan risau, saya cuma berharap agar semua jelas dengan akan hukum terlebih dahulu sebelum membuat sebarang tindakan. Rasulullah menyambut hari lahir baginda dengan PUASA, tetapi kita??? Tepuk dada, tanya IMAN yek~ (makan dalam?hee) 

 

             Sampai di sini ucapan berbentuk pengisian daripada saya. Sebarang kesilapan fakta amat dikesali dan harap diperbetulkan. Jangan lupa luangkan masa untuk Hari Istimewa ini. Ingatkan keluarga, sahabat, kawan dan siapa-siapa disekeliling. Kenalkan siapa Rasulullah kepada kawan-kawan yang bukan Muslim. Jom Dakwah~!

 

                    "Wahdah Pemangkin Khairu Ummah ..."

                              "Menjejak Sunnah, Menggapai Cinta Rasulullah ... "

                                                                                                   Wassalamun salaaaam....
Comments
Add New
+/-
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."