Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



Tazkirah: Dilema Melayu-Islam
Written by bonot   

 

 

Sempena hari Jumaat, dan semua pun tidak ke dewan lecture, ayuh kita penuhkan "Sayyidul Ayyam" atau Penghulu segala Hari ini dengan sedikit tazkirah yang ingin penulis sampaikan:

"Kalau persatuan ni xde, orang Melayu nak bernaung bawah apa?"

"Tak, aku blur sekarang ni, sekarang ni nama persatuan kita ni persatuan Islam ke persatuan Melayu?"

"Alah ko ni... Ekstrim sangat. Melayu tu Islam, Islam tu Melayu la..."

MELAYU YANG DIFAHAMI

Penulis adalah orang Melayu Kelantan. Penulis sangat meminati Dikir Barat, Loghat Kelantan, Nasi Dagang, Wau, permainan kampung seperti "dekjok hambat" a.k.a. tenteng, galah panjang dan lain lain. Dan, penulis tidak mahir berbahasa Inggeris, sampaikan presentation CFCS pun kelam kabut sebab perlu speaking. PBL pun bantai dalam Bahasa Melayu. Jadi, boleh dikatakan, penulis adalah orang Melayu. Jika kita belajar sejarah, orang Melayu dahulu cukup hebat, dengan Hang Tuahnya, dengan Tok Janggutnya, dengan Sultan sultan yang cuba mencontohi khalifah Islamnya. Mereka juga cukup hebat dari segi sastera, sopan santunnya sehinggakan Melayu dikenali sebagai bangsa yang "Cakapnya Berlapik". Penulis cukup kagum dengan orang Melayu, dan penulis yakin, ramai yang kagum dengan orang Melayu, "orang Melayu suatu ketika dahulu".

Namun, keadaan mula berubah bila mana orang Melayu sudah mula bertukar. Ya, orang Melayu dahulunya sangat bangga dengan bangsa mereka, namun, jikalau ada berlaku penyelewengan, itu pantang bagi orang Melayu. Contoh paling baik adalah kisah Jebat, yang mana sanggup menentang Sultan yang melakukan kemungkaran. Bagi penulis, itu sikap Melayu. Sayangnya, kini, Melayu terlalu mengatakan bahawa semua yang berkaitan dengan Melayu adalah baik, walaupun kadang2, perkara itu adalah salah. Dia buat salah, tapi dia orang Melayu, tak apa, cincai kira, dia ni betul, sebab kita kena jaga nama Melayu ni. Inilah barah yang merosakkan sesuatu bangsa, tanpa disedari. Iaitu dalam Islam disebut semangat "Assobiyah".

Jadi, adakah Melayu itu Islam?

ISLAM YANG DIFAHAMI

Penulis juga adalah orang Islam. Dahulunya, Islam yang penulis fahami hanyalah solat, puasa, zakat, belajar mengaji dan ceramah di masjid. Namun, alhamdulillah, akhirnya penulis mengenal Islam itu sebenarnya lebih dari itu. Bahkan, Islam itu adalah manual kehidupan untuk SELURUH MANUSIA, baik muslim atau non muslim, baik Cina, India, Melayu, Orang Putih, Orang Afrika. Kerana penulis sedar, Islam itu diturunkan oleh Allah sebagai panduan/cara hidup manusia(ciptaanya) di atas dunia yang diciptanya.

Bezanya Islam dengan Assobiyah, jika ada penyelewengan di kalangan umat Islam sendiri, ia patut ditegur, tidak disembunyi. Dia orang Islam, dia buat salah, dia patut ditegur atau dihukum, kerana Allah suruh kita berlaku adil.

Jadi, adakah Islam itu Melayu?

KESIMPULAN

Bagi penulis, dua entiti ini perlu dibezakan. Dan penulis lebih suka berjuang atas nama Islam. Jika ada yang berpendapat, bahawa dia nak berjuang atas nama Melayu, dipersilakan. Tidak salah, namun jangan tanamkan dalam diri semangat Assobiyah tersebut. Dan, jangan menggunakan perjuangan itu atas nama persatuan Islam ini kerana Islam bukan hanya untuk orang Melayu, tetapi ISLAM UNTUK SEMUA. Mungkin ramai yang tidak setuju bila mana sesi pimpinan kali ini menggunakan tagline "PSIPUM untuk Semua", namun, inilah idea yang ingin dibawa.

Sekali lagi, Melayu dan Islam perlu dibezakan. Kerana ada Melayu yang bukan Islam, bahkan ramai sebenarnya. Dan, Islam bukan sahaja untuk orang Melayu, tetapi untuk semua.

p/s: sebarang kritikan, tidak setuju, amatlah dihargai kerana Allah ciptakan manusia dengan cara berfikir masing2. Lagi tak setuju, lagi penulis suka, kerana ia merupakan cabaran bagi penulis untuk memahamkan apa yang penulis fahami.

Comments
Add New
+/-
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.
lembaga kelabu  - .....   |2009-04-24 17:11:34
no komen...
(sbab jom smbang dh xde, saje capub kat sini walopon xnk komen...)
hahaha...
hantu  - encik bonot   |2009-04-24 21:18:03
salam..
aku dapat merasakan melayu tidak semestinya islam...
itu la
hakikatnya..
namun, melayu adalah bangsa, dan ISLAM itu adalah agama..
smemangnya tidak boleh disatukan..
kalau nak berjuang, juanglah demi
ISLAM...
ISLAM itu sempurna...

tapi, aku dapat rasakan, kadang2, orang yang
BERFIKIRAN menggunakan ISLAM sebagai dakyah mereka itu mempengaruhi umat
manusia..
dan aku juga merasakan, jika benar mereka orang ISLAM, mereka tidak
akan memburukan manusia antara satu sama lain.. bahkan, mereka anggap mereka lah
sempurna untuk mengajar umat manusia ttg apa itu ISLAM...

perkara sebegini
perlu dielakkan, dah ISLAM itu bukan agama mainan..
jangan pergunakan ISLAM
untuk kepentingan sendiri..
ISLAM itu suci dan jangan kotorinya..

berjuanglah
demi ISLAM, sesungguhnya ALLAH menyukainya...
bonot  - 1 sudah faham....   |2009-04-25 06:17:11
dahsyat betul aura lembaga2 ni ek... Jadi fenomena tu dalam website
ni...

alhamdulillah...
dah ada sorang yang setuju dengan pendapat akoo. time
kasih "hantu". (Ni pon terpengaruh ngan aura lembaga)

Memang xleh nafi,
ada manusia yang pakai Islam untuk tarik pengaruh. Namun, bukan itu yang ingin
akoo sampaikan, kita xboleh berhukum dengan apa yang ada dalam hati manusia. Tu
soal dia dengan Allah Taala.

Yang penting, kita atau PSIPUM. Patut membezakan
perjuangan Melayu dengan Islam. Itu yang akoo cuba sampaikan. Dan akoo tahu, ada
yang berpendapat, akoo ni terlalu ekstrim jika berpendapat begitu. Terpulang....
safwanzharif   |2009-05-08 00:04:05
assalamualaikum...i am new to this website....
baru jer signup...aku rase sume
knal aku..hahaha
safwanzharif  - ola   |2009-05-08 00:08:32
assalamualaikum...i am new to this website....
baru jer signup...aku rase sume
knal aku..hahaha

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."