Persatuan Siswa/i Islam Perubatan
Universiti Malaya

Login Form



Malaysians love to eat
Written by NUR NAJUA BINTI AHMAD ZUKI   

PERUTKU MEMULAS

Melihat kepada situasi pelajar-pelajar di Avicienna College yang kerap makan malam di Pak Ali menarik hati aku untuk menulis sesuatu. Mana tak nya, setiap malam warung Pak Ali akan penuh. Itulah rezeki Allah untuk peniaga. Dalam hadis, Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perniagaan itu adalah 9/10 menjadi punca rezeki”

Tapi apa yang menarik hati aku adalah kata-kata seorang pelancong, “Malaysians love to eat”.

 

Sedar atau tidak sebenarnya tabiat suka makan itulah yang menjadi punca kepada kebanyakan penyakit yang dihidapi oleh manusia. Nabi Muhammad s.a.w bersabda maksudnya :

“Seseorang tidak akan mengisi perutnya sehingga bagaikan jambang kejahatan (penyakit), dengan memadukan beberapa suap yang dapat meluruskan tulang belulangnya. Jika ia tidak dapat berbuat yang demikian, maka 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minuman dan 1/3 untuk bernafas”

 

Makan yang terlalu banyak sehingga melangkaui kemampuan alat penghadaman akan menimbulkan banyak masalah kesihatan. Analoginya adalah seperti seorang atlet angkat berat yang mengangkat beban melebihi kemampuannya, maka dia akan mengalah. Kerana apa?? Untuk mengelakkan kesakitan dan kerosakan kepada otot-otot lengannya.

Imam Syafie berkata :

“Aku tidak pernah makan sampai kenyang sejak berusia 16 tahun. Kerana kekenyangan itu mengakibatkan badan menjadi berat, hati menjadi kasar, daya fikir akan menurun, selalu ingin tidur dan malas beribadah”.

 

Dan untuk mengubati penyakit perut, Nabi s.a.w menganjurkan supaya meminum madu lebah.

 

Comments
Add New
+/-
Write comment
Name:
Email:
 
Website:
Title:
 
:angry::0:confused::cheer:B):evil::silly::dry::lol::kiss::D:pinch:
:(:shock::X:side::):P:unsure::woohoo::huh::whistle:;):s
:!::?::idea::arrow:
 
Please input the anti-spam code that you can read in the image.

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."