10 Khasiat Alam dan Kebaikannya untuk Manusia

perubatan alternatif

50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

Manusia dan alam sekitar sememangnya saling memerlukan untuk kemandirian spesis. Alam memerlukan manusia untuk sentiasa memeliharanya dan manusia memerlukan alam untuk menjamin kesihatan mereka. Malangnya, lebih ramai manusia yang tidak tahu akan kepentingan menjaga alam sekitar hingga ada yang sanggup memusnahkannya kerana wang. Mungkin sekiranya mereka tahu akan kepelbagaian khasiat alam berserta tumbuh-tumbuhan, mereka akan lebih mengambil berat daripada memikirkan tentang wang semata-mata. Berikut merupakan beberapa khasiat alam yang mungkin anda tidak tahu di mana ia mampu merawat pelbagai penyakit yang sering menghantui manusia pada masa kini.

1. Air kelapa muda merawat bibir merekah

Minum air kelapa muda yang dicampur dengan kuning telur dan sedikit madu lebah. Amalkan meminumnya sekali sehari dan nantikan hasilnya.

2. Bawang putih merawat kutu kepala

Tumbuk lumat beberapa biji bawang putih. Campurkan dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balutkan kepala dengan kain selama sejam sebelum dibilas / dicuci

3. Mengkudu merawat luka

Daun mengkudu yang ditumbuk lumat boleh ditampal pada bisul, gatal-gatal, luka, nanah dan ulser. Jika anda mengalami batuk atau rasa mual, panaskan daun mengkudu dan letakkan pada dada.

4. Anggur hindarkan penyakit jantung

Dikatakan mampu menghindarkan kesan serius dengan mengurangkan sakit dan debaran

5. Kurma berkhasiat untuk gangguan usus

Kurma kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potassium, vitamin A, C dan juga naisin. Caranya, buang bijinya kemudian bersihkan kurma sebelum diadun halus dengan setengah gelas air. Lebih mujarab ika dicampur dengan jus lobak merah.

6. Gamat merawat luka

Gamat atau timun laut merupakan spesis haiwan yang unik dan boleh dijadikan ubat. Apabila gamat dipotong dua, gamat akan bercantum kembali. Ini menjadikan gamat antara ubat ang sesuai untuk merawat luka.

7. Air

Minumlah air bergantung kepada cuaca dan aktiviti yang anda jalankan. Lebih banyak kehilangan air, lebih banyak yang perlu diminum dan lebih banyak elektrolit badan yang perlu diganti. Bekalan elektrolit boleh diperolehi daripada air minuman sukan seperti 100 plus, Excel, Revive dan minuman-minuman isotonik lain yang terdapat di pasaran.

8. Mawar alternatif merawat pelbagai jenis penyakit

Mawar spesis Cherokee yang banyak ditanam di Amerika Utara dikatakan telah digunakan untk merawat cirit birit. Daun, kelopak, buah (seakan-akan beri atau hip) dan akar tela digunakan dengan meluas sebagai rawatan selesema, demam dan masalah dalam perut. Ada sesetengah yang menggunakan buah atau akarnya untuk merawat jangkitan mata. Teh yang diperbuat daripada mawar liar atau beri pula dikatakan mampu merawat penyakit mata. Malah, mereka menggunakan kulit akar untuk merawat katarak.

9. Jintan Manis

Jintan manis mampu melancarkan haid, melegakan kesakitan dalam badan, memperbanyakkan susu badan dan membuang gas dalam usus.

10. Jambu Batu penawar kencing manis

Air rebusan jambu batu dikatakan mampu dijadikan penawar kepada penyakit kencing manis. Caranya ialah rebus hingga mendidih jambu batu dalam 1 liter air. Minmlah air yang telah disaring sebanyak 2 kali sehari pada waktu pagi dan petang. Untuk mengatasi masalah kencing berlebihan pula, capurkan segenggam daun jambu batu yang masih muda dengan 3 sudu beras yang telah digoreng tanpa minyak. Rebus bahan tersebut dengan 2.5 gelas air hingga mendidih sehingga airnya tinggal segelas. Saringkan air, kemudian diminum setiap 3 jam sekali.

* Walau apa pun usaha kita dalam menjaga kesihatan, jangan lupa untuk kembali kepada Sang Pencipta iaitu ALLAH S.W.T. kerana Dialah yang memberi kita penyakit sebagai ujian dan Dialah yang akan menariknya kembali. Sertakan doa harian dalam mengelak dan merawat penyakit. Mulakan setiap perkara dengan puji-pujian ke atas-Nya (Bismillah) dan akhiri perbuatan dengan bersyukur atas rahmat-Nya (Alhamdulillah). Wallahu’alam.

ditulis oleh nurul hakimah khairir

50% off Hosting for your Website at GoDaddy.com!

Leave a Reply